Friday 19 July 2013

Al kisah di Taman Bungaku.

Alhamdulillah.
Orked dah lepas 40 hari.
And same oso for my confinement. Yeay!

So far, she is doing fine.
Malam hari setakat ni masih mampu tidur dengan aman walaupun kena juga bangun around 3am or 4am untuk breasfeed dia. 

She really have a high pitch vocal. Memang kelam kabut jadinya kalau Orked dah start meraung mintak susu. Maybe she learn form her mentor, kakaknya, Jasmin.

Program tidur Orked a bit bertukar after she reached one month. Kalau before this masa dalam hari, most of the time dia tidur aja especially in daytime, but recently she change the routine. Kalau before this, memang senang nak buat kerja-kerja rumah nak masak sikit-sikit, but sekarang ni agak susah nak manage everything. 

But still okay lagi lah. Nasib Jasmin ada, she is the best assistant ever setakat ni. Bolehlah diharap walau kadang tu kena juga ulang tiga pat ploh kali mintak tolong itu ini. *hewhew*


Orked Adelia
For Orked, what she wants now is, kelek-kelek her all the time. Letak aja atas carrier atau atas tilam, terbeliak balik bijik mata dia. Sangat manja dan mengada-ngada ini budak! 

Somehow, what worries me the most, sekarang ni dah lebih 10 hari Orked tak poo-poo. Last Thursday, bila Orked had her one month jab, ai did ask doc izit okay if my baby didn't poo coz it's already lepas 3 days. Docs said that's normal coz for same cases ada yang cecah sampai 10-14 days, as long the baby kentut-kentut, it's fine. Hurm, but until today Orked masih tak ada tanda nak poo tapi bau kentut dia, homaaaaiiiiii~~ *hewhewhew* 

One thing about Orked, dia ni kaki muntah. Haih-lah. After breastfeed and even dah burp pun, letak je atas tilam, after few minutes, dah menguak je sebab mulut baju sume dah penuh muntah. Sama lah juga macam Jasmin dulu. Takut juga kadang-kadang nak biar, takut tersedak atau choked.

Not much rasanya nak cerita tentang progress Orked setakat ni. Ohhh, cuma sometimes sekejap-sekejap, Orked ajak berborak. Paling sangat suka communicate dengan kakak Jasmin sebab Jasmin talks more than her Ibu! Haha! That's amazing, especially when she makes some baby's sound, shoooo cute! 

Inilah dia pengalaman sekali seumur hidup. Pengalaman membesarkan anak-anak; susah senang membesarkan anak-anak dengan tangan titik peluh kita sendiri. Tak lah kata ai tak pernah mengeluh dengan 1001 ragam kiddos ni tapi when I'm alone, i start to think, hurm, not bad, ai manage to raise all my three kids with my own hand. Still manage to do the housework, commitment with my kerja lagi then later nak layan kerenah anak-anak lagi. Walau sometimes tak lah steady mana, yelling at the kiddos, bertompik suruh itu suruh ini trying to stop 'em when they start to fight, but Alhamdulillah, everything goes well.

I wonder how mommy raised us adik beradik 6 orang. Both my parents bekerja punya orang, tak pernah ada maid, cuma sometimes Opah datang membantu menengok-nengok apa yang perlu dan even mommy dan babah bekerja mengikut shift but somehow they managed to build the family even tho ada juga hiccups sana sini but the family still growing, still together.Tak pernah sekali seumur hidup saya dengar terkeluar dari mulut mommy kata yang dia penat jaga kami semua.   

Semalam malam masa nak balik rumah lepas berbuka, selisih di luar rumah masa mommy baru sampai dari ambil ayam di pasar nak meniaga esok di bazaar ramadhan, tergamam dia tengok Adam dan Jasmin bercekau dalam kereta berebut tempat, and spontaneously dia cakap;

"Korang masa kecik-kecik dulu tak de macam ni pun."

Saya sengih. Dalam hati "Alahaiiii miii...."

Ai should learn more from mommy la rasanya. Ilmu rumah tangga, juga ilmu masak memasak. :)

Bulan Bintang Semesta Alam, semua untuk kamu, anak-anakku.

Okay, tak selamanya all my kids being a baby kannnnn, one day when they all dahh grown up and when I'm growing older, mereka pulak yang akan jaga kita macam baby. Who knows kan... harapnya gitulah.

Selamat membesar anak-anakku.

1 comment:

faraherda.razalan said...

Comel.

Eh? Adam rambutnya kerinting ke? Hehehehe! Comel! Dah bsr dah dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails