Tuesday 10 September 2013

Hari-Raya-Ku, 2013

Eh, dah lambat ek nak share cerita Raya?
Tapi kat my bloglist timeline bederet je lagi cerita tentang raya sakan walau dan expired Syawal 1314 tahun ni.

Anyway, dis r my short story of my Hari Raya dis year.
All pictures randomly taken from my phone gallery and my siblings facebook.

This year was Razi's turn beraya di kampong at Kg Penajis Tanjung, Rembau.
Rembau sangat sinonim dengan saya sebab mommy juga asalnya Rembau.

Asalnya kami dari suku yang berbeza. Saya dari suku tanah data dan razi pula dari suku biduanda dagang. Masih ingat lagi semasa mula-mula nak bernikah dulu, perkara pertama orang nismilan nak tau, 

"Ekau dari suku mano"

Kerananya, dalam adat pepatih, lelaki dan perempuan di dalam satu suku yang sama, tak boleh berkahwin. Haaaa, nak tau kenapa kena la baca kat sini

Untungnya dis year, cuti maternity leave saya dipanjangkan sampai la ke raya ke empat. Dan hari Isnin raya kelima saya dah mula bertugas dan sampaaaaaaiii la ni baru dapat bernafas sikit sebab busy ngan workload yang tertangguh sebelum maternity leave hari tu dan juga nak siapkan drawing proposal yang melambak-lambak untuk project baru. Hari ni dapat mem-belog sikit sebab manager dah ke Delhi dan engineer dah ke Singapore, dan tukang lukis kat opis ni ber-aktiviti bebas. Hehe!

Back to our Hari Raya stories, we just spent three days kat kampong Razi and on petang first raya kami dah balik ke Seremban. Dis year cemerlang sikit sebab sempat juga beraya rumah jiran-jiran di kampong Razi. :) Seronok the kids dapat jalan-jalan keluar masuk rumah orang and the best part dapat collect duit raya, especially Adam. 

Tapi tahun ni tak ada gambar dengan family Razi, sebab lepas sembahyang raya, pastu sesi salam salam peluk peluk mintak ampun mintak maap, terus orang datang serbu nak beraya. First day of Hari Raya di kampung memang sangat busy. Start dari a day before raya saaaaaaaaaampai la ke pagi raya, mak-in-law is the busiest woman in the kitchen. 

This year ai am shooo busy with Orked. But still ai manage bergabung tenaga with anak dara-anak dara kakak-in-law memasang langsir. Memang itu je la kot aktiviti ku di Hari Raya kalau di kampung. Belum ada peluang masuk dapur mak-in-law time raya sebab bila turn beraya di Rembau, time tu la ai ada anak kecik. In-sha-allah, panjang umur murah rezeki, for the future coming Hari Raya akan ku sibukkan diri ku di kitchen my mak-in-law. :)


Jasmin on the first day of Hari Raya in baby-blue kurung moden. Last minute found it at K.M. Seremban selepas our mission ke PKNS Shah Alam failed sebab baru je jejak kaki kat pintu masuk both kiddos dah start tantrum and Orked suddenly became cranky. Haish!
Sungguh payah nak tangkap gambar ini budak! Baju Melayu Adam dapat di Anggerik Mall, last piece, try carik yang sama untuk matchingkan dengan Jasmin, tak jumpa. Dang! So tahun ni tema raya agak bebas dan we'ols hanya recycle apa yang ada aja.



The kids and mak-kids on the first day of hari raya di Puchong umah Opah. *et, bila la den nak dapek amek gambar cenni weyh?*
2nd Day of Hari Raya with G's family :)
Mommy and Babah and my youngest sister Ica. Raya 2013. Blessed. Alhamdulillah, masih lagi dapat bersama beraya dengan orang-orang kesayangan. Syukur masih dapat beraya dengan kedua orang tua ku. Tuhan, berikan kedua-dua orang tuaku, mommy dan babah, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kehidupan mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Mu. Aamiin.


And that's it my hari raya stories dis year. 
Alhamdulillah. 
Semua bahagia. Semua gembira. Semua ceria.
Semoga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, in sha allah.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails