Sunday 15 June 2014

Babah

Sebolehnya saya tak mahu tahu hari ini hari apa.
Kalau boleh, nak saya skip aje hari minggu hari ini.

Anyway, ke mana pun saya pergi, jauh mana pun saya lari, kaki saya masih disini, menjejak pada bumi yang nyata.

For me, Razi is always a Razi.
A father to my 3 kids at home.
Masih lagi Abah untuk tiga orang anak kecil di rumah yang masih mentah untuk kenal betapa hebatnya pengorbanan, kasih sayang, dan didikan seorang bapa.

Hebat atau tidak,
biarlah anak-anak nilai sendiri bagaimana abah mereka.

Kerana, 
jujurnya saya dilahirkan dan dibesarkan untuk mengenali seorang prebet polis yang berdikit-dikit berjuang berusaha untuk memegang pangkat Ketua Inspektor di akhir usia pencennya.

Bersyukur kerana aku pernah memiliki seorang babah yang sangat mengasihi anak-anaknya. Yang sebenarnya selalu menjaga kebajikan anak-anaknya.

Seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusannya tapi masih disulam dengan kelembutan tolak ansur dalam budi bicaranya. Seorang lelaki yang segak pada mata pandanganku diciptakan untuk mengasihi dan mencintai mommyku.

Seorang yang yakin dan bersemangat untuk menggapai cita-citanya. Masih segar hingga kini, ketika dia duduk bersamaku dan dia bertanya apa cita-citaku walau aku masih kecil untuk tahu apa itu semua. Kini, cita-citaku hanyalah ingin engkau dikasihi Tuhan. Hanya ingin tahu bahawa Syurga adalah tempat untuk arwah babahku selamanya.

First time untuk tahun ini; untuk hari yang istimewa ini.
Tiada lagi makan-makan.No cakes. Tiada lagi sms ucapan.
Namun, doa ku pada arwah babah takkan pernah terputus, in sha allah.

Kini saya masih ada dia, seorang suami dan juga bapa untuk anak-anakku. Selamat hari bapa, Razi!




Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
 
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
 
Damailah Di Sana 
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa 
Abadikan Cinta
Moga Bercahaya 
Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama DenganNya

3 comments:

Bunda_nora said...

AllahuAkbar....
Bab2 kasih sayang keluarga terutama yang melibat kan ibu bapa amat menyentuh hati dan perasaan....

Semoga arwah Babah aman disana dengan doa dan ingatan anak2 nya selalu...

Al Fatihah untuk arwah Babah...

Bunda_nora said...

Bunda singgah lagi menziarahi anak cucu disini....
Semoga berbahgia selalu...
Aamiin...

my name is lily said...

Terima kasih bunda, selalu dan rajin singgah sini. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails