"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Wednesday, 5 June 2013

Oreo Ice Cream Cheese Cake untuk Mak Buyung

Today let's mumbling a few words. I know it's wordless wednesday, but not for me today. o.O 

Let's share some love and happiness today.

Since Adam is sleeping and me is shooooo malas nak layan kerenah Jasmin yang sakit kepala lah, sakit perut lah, sakit mata lah, and ai am streeeesssss a lot sebab nak paksa dia makan nasik, mari de-stress everything dengan sharing  the recipe of this yuummyylicious oreo ice cream cheese cake.

Oh, saya sangat rare nak sharing recipe kat belog cap ayam nih, tapi sebab teruja sebab senang gila nak buat benda ni, so let;s share the lurrrrvvveeeeeeeeeee.
 
Ekceli, along e-mail me the recipe earlier, tapi dalam keadaan yang tengah sarat ni, memang tak ada makna nak jejak kaki ke dapur. 

Thank god ada my younger sister yang sangat rela hati nak bake-kan the cake apabila tujuan asalnya hanya nak ragging dia masak Shepard pie aja sebab Razi teragak bonar pulak nak makan benda alah tu. Huhu. Al kisah, sampai pitam-pitam chef-paksa-rela kena masak dua menu dalam satu malam. *ampun*

Kalau ikut bacaan dalam e-mail, memang simple je nak bake-nya. Seswai untuk orang malas tak nak pening kepala nak jaga temperature oven bagai. Cake ni tak perlu bakar, terus letak dalam fridge, makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan nak pakai pon senang nak dapat.

Sediakan dua peket biskut oreo
250 cream cheese, my sister pakai brand Philadelphia, RM13.00 +
Whipping cream, pakai brand Emborg sebab murah, RM7.50 +
1/4 butter cup
1/2 cawan gula halus

Okay, ni cara-cara orang malas nak buat cake;

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Blh guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.

2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Cairkan butter cup mgunakan teknik double boiling. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan panas tu.

3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.

4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.

5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer.  Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.

6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.

7) Keluarkan base yang sudah dikeraskan tadi. Masukkan adunan ke dalam bekas tersebut; atas base itu.

8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 



Haaaaaa..... senangkan? 
Sila try. Boleh buat on Sunday nite and can have it every nite after work for the whole week sampai jumpa the next Sunday balik. 

Haaaaaa.....Boleh rasanya kot makan time confinement nanti... Hewhewhewhewhewhew....

I had it earlier for my breakfast yesterday and suddenly fikir bestnya kalau ada strawberry sekali ni.
Lucky me in the evening,
Razi came back with box of strawberries kiriman my SIL from Cameron.
*Thanks*
So apalagi, slice the strawberries and susun on top of it and auuuummmmmmm terus masuk mulut. 
Memang sedap makan time cuaca panas sekarang nih!


Oreo Ice Cream Cheese Cake with Strawberries *yummzzyyy yummzzyyy*


Selamat Mencuba!

2 comments:

Norliza Nordin said...

dapnyee.. terliur ngk.. ^^

Syahirah Erfolg said...

Nak tanya, kalau makan cream cheese sejuk2 x sakit perut ke?? Cream cheese tu still mentah lagi ke even kita dah masukkan dlm fridge ??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails