GEBU *R.I.P |
"Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat. - OhBulan" -
Memang tak berperikemanusiaan langsung! Tuhan bagi akal fikiran simpati perasaan kasih sayang tapi sampai hati menyakiti makhluk-makhluk Tuhan ni, manalah letaknya kewarasan budak demok dua ekor tu!
This kitty and the fosterer berada di Pulau Besar |
Kalau nak ikotkan sejarah family saya, tak pernah kucing-kucing yang dibela lari dari rumah. Misi tinggalkan kat pasar pon tak berjaya bila the next day tgk tgk dah tercegat je depan pintu rumah. Biasanya kucing-kucing yang kami bela mati sebab accident, mati sebab termakan racun dan paling haru sekali baru-baru ni, one of my sister punya kucing mati sebab terlebih bagi makan. Dia balik kampung tiga hari, so tinggalkan makanan selambak supaya kucing tu tak kebulur, tapi kucing manalah ada akal fikiran nak bagi-bagi sikit utk breakfast, sikit utk lunch, sikit utk minum petang dan sikit utk dinner, sekali letak, sekali tu la habeh dilantaknya, at last kucing tu mati tergolek sebab terover makan biskut kucing. Itu pon kira zalim gak lah tu... T_T (Sila banned ET kalu sesiapa teragak nak bagi kucing kat dia huhehuhe!)
Yang ni ada di Klang |
Early this year memang saya ada sedikit kecewa dan sedih dan depress bila dapat tahu my besfren a.k.a mak kucing dah tinggalkan rumah tak balik-balik. Ye lah, bertahun-tahun dah tinggal bersama-sama, tiba-tiba hilang sampai bangkai pon tak dapat di kesan. And that time I was pregnant 3 or 4 month cenggitu. Terlalu depresssss maybe and kesannya mungkin kepada Adam saya. Mungkinnnnnlah agaknya....... saya tak kata cerita saya ni boleh pakai hundred percent.
As I mention before this from my previous post, Adam is having breathing problem which cause him bernafas berbunyi-bunyi. I notice that after two weeks he was born. At first I was thinking it must be flu and when I check with paed, he said, tekak dan hidung dan paru-paru Adam clear, tak ada masalah at all. 2nd paed pon conformed-kan benda yang sama. Nothing much to worry dan biasanya akan hilang bila Adam semakin membesar.
My family tak berapa satisfied dengan keputusan doctor dan sains ni and they advise me to go for alternative medicine. Apalagi last Monday, dengan jiwa raga penuh harapan together with hubby and my mom, pergilah jumpa aunty my-only-one-kakak-ipar kat Kuala Pilah. Mak Ngah ni memang pandai ubatkan budak-budak dan boleh juga mengurut orang lepas bersalin dan ubat-ubat akar kayu dia, "Ing-glan pon dah sampai!" (dio yang kato)
Belek punya belek tengok punya tengok tak sampai seminit, mak ngah conformkan, Adam ni kena "Seman".
Ekau ado tengok bangkai kucing ko maso ngandung dulu?"
Haaaa... itulah yang first sekali Mak Ngah tanya kat saya. Memang terkedu la saya bila Mak Ngah kata Adam ni kena "Seman Kucing". Haaaaa.. Apo tu "Seman"? Jom ceciter ceciter...
Seman atau bahasa uptodatesket "Kenan" biasanya jadi kat anak-anak yang baru lahir. Sebab tu lah dinasihatkan ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka supaya tidak membuat keburukan atau perkara yang tidak baik terutama sekali penganiayaan terhadap binatang kerana mengikut pandangan orang-orang Melayu kita mungkin akan memberi implikasi buruk terhadap anak yang bakal lahir. Pfftt... skema ayat explaination.
So Adam is one of the baby yang katanya terkena "seman kucing" ni. Saya pun tak pasti di mana silap saya atau mr hubby masa time saya ngandung-ngandung dulu. My mom cakap, kalau nak ikutkan, jentik siiiiiiiiiikit pun tak boleh kucing ni sebab badi dia kuat. So maybe me or hubs ada tersalah silap kat kucing-kucing yang saya tak berapa nak recall ni, sumpahannya terkena kat Adam. Atau mungkinkah kerana kami ke Kuching tempoh hari? Haiiihhh.... naseeeeblah Adam.
Sekarang ni Adam dah tiga hari mandi air daun and the last day yesterday, air daun tu jadi busuk, busuk sebijik bau tahi kucing. Sebenarnya ikut kata Mak Ngah lagi busuk lagi bagus.
Oleh itu, dengan Adam Adam sekali bau cat poops. Yaaaiiikkksss... tapi takpe.... neneknya sangat advance to tepek bedak byk-byk kat Adam semalam so yesterday evening fetch Adam kat umah my mom, dia dah wangi sikitlah.
Mak Ngah provide 3 botol air tawar and need to mandikan Adam dan kena yakinlah dengan usaha yang Mak Ngah buat dan InsyaAllah, semuanya akan baik-baik aje. Semoga didengari Tuhan dan Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.
So, pengajarannya, tak kisahlah Issue Petknode ke, Issue Seman ke, yang penting semua kejahilan yang manusia lakukan itu, kita jadikan pengajaran dan tauladan supaya tidak mengulangi kejahilan itu semua. Bila terjadi perkara-perkara seumpama ini, makanya kita harus lebih menyayangi haiwan-haiwan di sekeliling kita, and especially Cats.
Mereka juga makhluk Tuhan, mereka tinggal di dunia yang sama-sama kita berpijak, so tak salah rasanya kita sama-sama berkongsi perasaan kasih sayang itu. Jangan zalimi mereka, sayangi mereka. Agak-agak terserempak kucing kat restoren, kedai makan, tepi jalan, sedekahlah sedikit makanan untuk mereka. Lagi elok bawa balik rumah and then hantar ke cat shelter yang berhampiran (yang diiktiraf dan dipercayai sahaja okay, bukan yang jenis mintakwangmintakwang okay) supaya nasib mereka lebih terbela di sana.
Truly Madly Deeply Missing U owhhh my Mak-Kucing! *R.I.P. |
p.s. Harapnya budak demok dua ekor tu kalu dorang kawen, bila bini dorang ngandung, terkono la seman kucing kek anak-anak eeee... EEEiiiiiiii goram den! Astaffirullahhalazim....
4 comments:
kalau dorang tu jadi kawen... jangan lupa hantar kad jemputan, eh...?
haha! ade ke org nak kawen dgn dorang tu? mcm kurang kaseh sayang je....
saya seorang yg pemurah yea.. tima kaseh!!
haha! pemurah ter"over" !
Post a Comment