"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Tuesday, 23 November 2010

Kindy Explorace #1

Ibu Jasmin dalam misi pencarian!
Title ala-ala amazing race asia sket.

As for our concern, Jasmin will turn up 3 y.o. next year dan saya kini sedang pening kepala memikirkan "kindergarten" mana yang sesuai untuk Jasmin. Saya makin pening kepala apabila setiap kali, setiap pagi terserempak "kindergarten" apabila on the way ke nenek house, setiap kali itu juga Jasmin akan cakap;

".....Ibu, nak gi schooi....! "(sambil mulut memuncung ke arah "kindergarten" tersebut

Waktu zaman saya kecil dulu-dulu tak sama macam zaman Jasmin sekarang ni. Saya tidak berpeluang langsung nak menjejakkan kaki ke tadika. Saya tidak pernah kenal erti tadika dan yang saya tahu, saya hanya duduk di rumah, terus terusan bermain, bermain dan bermain, bersama-sama anak jiran yang lebih muda dari usia saya ketika itu. 

Saya tidak pernah menyentuh atau mengenal buku-buku tadika tetapi seingat saya, saya hanya memiliki satu Jigsaw Puzzle ABC yang mempunyai gambar-gambar menerangkan setiap huruf. Itu sahaja yang saya gunakan untuk mengenali ABC pertama saya. Tetapi saya bernasib baik kerana saya mempunyai kakak-kakak dan abang yang sudi menunjuk ajar saya walaupun bukan untuk sepenuh masa.

Hidup kami bukanlah dari background yang senang. Babah dan mommy perlu bekerja keras bagi menyara kami 6 beradik. Walaupun mereka jarang mempunyai masa untuk anak-anak, tetapi mereka ada cara tersendiri mendidik dan membesarkan kami sama seperti anak-anak orang lain.


Quality time yang mereka ada, mereka cuba isikan dengan aktiviti educational seperti "scrabble". Bagi saya, "scrabble" time tu memang sudah jadi aktiviti yang paling best ever!


Seingat saya, saya mula belajar membaca apabila saya berada dalam darjah satu. Di situ permulaan saya menerima ilmu yang mencurah-curah dan tidak ternilainya.


Owh, last week , I went to visit one of my relative yang anaknya baru je dapat result UPSR. 1000x Tahniah! Seikhlas dan terharu ucapan tahniah saya! Eventough tak perfect straight A's tetapi result yang diterima memang diluar expectation ramai orang. Dia bukan dari keluarga yang senang, bukan dari latar belakang yang "great-la-sangat" tetapi dia berjaya buktikan dengan usaha diri sendiri, dia mampu untuk jadi yang terbaik. Memang tabik kat budak kecik ni! She remind me of lil'lily suatu masa dahulu.


Saya tidak pernah ke tadika.
Saya tidak pernah di hantar ke tuisyen.
Tidak pernah menghadiri sebarang kelas tambahan.
Saya tidak pernah menghadiri sebarang ceramah motivasi.


Apa yang dibekalkan semasa saya menjawab keempat-empat paper exam UPSR ketika itu adalah doa-doa dari orang-orang yang sentiasa ingin melihat kejayaan saya. 3As are enough to make my parent proud of me.


Okaylah, back to the earlier part, last two week saya ada ke tadika berdekatan dengan area rumah saya. Dengan satu tujuan dan satu harapan kalau boleh mereka dapat menerima Jasmin as a kindy-student early January next year. Sedikit hampa bagi saya dan juga Jasmin as they required someone yang dah independent on managing her own toilet-wee-wee-ook-ook-matters!


The owner, Pn Rashidah of Tadika Amal Al AnFaal, advise me to let her enjoy her life first as she will spend another 10 to 20 years more on books and school. Worried if she might getting bored because to much of school time.


Anyway, I am so interested with the kindy (sama macam Jasmin jugak!) as they provide what I really wanted for Jasmin such as hygienic concern, friendly teachers and they can communicate in English, enjoyable environment, they provide syllabus from Anakku and Ladybird Peter & Jane and the most important thing is they teach Iqra' (selain dari fees yang berbaloi-baloi dan monthly payment yang sangaaaaat reasonable.)


Sadly, admission is only for the 4 years old children and above and they conduct the class until 12 noon only. So, there are lot of things that I need to consider especially on the matters who wants to baby sit Jasmin on the other half day.


Sejujurnya, saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang fussy dalam hal seperti ini tetapi sedikit sebanyak bagi saya sudah tentu saya inginkan sesuatu yang terbaik bagi zuriat amanah tuhan ini. Selagi saya mampu, saya cuba beri yang terbaik.  

Jasmin love books a lot and she loves looking at the pictures



p.s. I've received one e-mail recently tentang kejayaan seseorang itu dapat di capai jika kita sentiasa berfikiran positif. Cuba bersifat "tuli" dengan apa jua kata atau tulisan yang negatif dan terus mencapai cita-cita. Dan pastikan juga semuanya adalah kerana "lillahitaala".



4 comments:

gedek! said...

Oh yes... my kids pon I belikan "scrabble"...

BTW... sekarang "scrabble" dah ada dalam iPad...

lily abd ghafar said...

Scrabble in terms of nak tingkatkan vocabulary dan nak suruh budak-budak rajin dan pandai guna kamus memang sangat berfaedah...

u dah ada ipad ke?
iphone4 pon dah dapat?
parah btol penangan pengguna "apple" tegar macam u nih....

p.s i lagi suka scrabble conventional way....

gedek! said...

Masa I kecik dulu... rumah kami pon dah ada scabble... beza nya, huruf2tu bukan dibuat dari plastik... tapi dicetak atas kertas tebal... (macam uku ABC budak-budak tu) and yes... its the same company yg keluarkan scrabble sekarang!

And... U tau tak Scrabble di cipta oleh architect?
http://en.wikipedia.org/wiki/Scrabble

gedek! said...

Satu lagi.... iPad & iPhone 4 tu maseh dalam angan-angan... (takde duit!)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails