Monday 13 August 2012

CERITA HATI

*Ehsan daripada Hamba Allah yang menjadikan hati sentiasa tenang apabila setiap hari dibaca penulisannya. Hari ini pautan yang dikongsi sangat bernilai harganya; pada saya*

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

BACA SELANJUTNYA DI SINI




Bagi saya, memaafkan mereka yang tidak mengetahui adalah yang terbaik. Kasihan pada mereka yang tak sudah-sudah membuat andaian dan tafsiran TENTANG kehidupan yang saya alami sekarang ini.
Semoga tuhan beri petunjuk dan hidayah kepada meraka yang cepat membuat tafsiran dan penilaian hanya dengan mata kasar ini....
Satu saya harapkan, jika dia seorang wanita, dia juga pasti memahami hati naluri perasaan seorang wanita.



" Kamu sangka dia yang paling banyak bicaranya tentang agama adalah yang paling baik agamanya.
Hakikatnya,dia mungkin lemah agamanya daripadamu.Bicaranya sebenarnya merupakan peringatan untuk dirinya sendiri.
Percayalah! ada manusia memilih untuk berdakwah 
BUKAN kerana dia itu insan TERBAIK.
Tetapi kerana ingin berusaha menjadi yang terbaik sambil berusaha mengajak manusia kearah kebaikan.
Dakwah bukan hanya untuk orang baik-baik tetapi juga untuk mereka yang tak baik ingin menjadi baik.
Dakwah bukan hanya untuk menjadi baik tetapi untuk bersama-sama berusaha beristiqamah agar dapat menjadi lebih baik di sisi-Nya . " 




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails