Thursday 30 January 2014

IKEA Damansara


Kalau nak cerita tentang IKEA nih, rasanya semua orang akan berkongsi pengalaman yang menarik-menarik bila ada di sana. Ye lah, especially mak-mak macam saya sekarang yang baru pindah masuk rumah baru dan teruja sakan nak deko rumah ala ala modern concept macam mana yang boleh di lihat di IKEA. The idea, the arrangement, the design, the innovation, the creativity semua jadi inspirasi untuk menghias di rumah sendiri.

Sebelum tu nak tanya, IKEA ni untuk orang-orang kaya ke?
Ke memang orang yang mampu-mampu aja boleh masok IKEA nih? Sigh.
Saje nak kongsi sikit, sebelum ni saya pernah berkongsi gambar Jasmin di entry saya di sini, semasa Jasmin bergambar di hadapan IKEA, Mutiara Damansara. Dan anehnya ada makhluk tuhan ni terus comment gini kat entry saya. Hamboi ahkak, apsal? Ada nampak bertroli-troli ke saya soping kat dalam gambar tu? Husnuzon sket plish. :)

IKEA ni memang untuk orang-orang kaya je ek?
Okaylah, kalau ikut sejarah IKEA di Malaysia ni, first time mereka bertapak adalah dekat One Utama, Damansara. Saya tak pernah berkesempatan ke store yang di OU sebab time tu masih muda remaja tak heran bona nak masuk tompek deko-deko umah lagi. Yang tumpuan utama hopkos kedai-kedai fesyen di OU. Aww!

Okay, now they already open a new IKEA Store di Mutiara Damansara and hopkos tis place are much bigger compare tu OU. Dengarnya, they will open another store in Penang soon.

Cuci mata? 1st floor adalah tempat diorang pamer all the design, all the arrangment, interior dalaman rumah. Pelbagai concept untuk living hall, bedroom, kitchen, bathroom etc with varities of furnitures, home deco/ equipments mereka pamerkan.  Kat sini lah boleh dapat idea nak beli apa bila dah turun bawah nanti nak pilih barang-barang yang dah di list kan guna pensel dan kertas yang IKEA sediakan.


 Makan? Dah habeh tawaf satu ruang pameran, sebelum turun ke tingkat bawah, boleh la singgah kat cafe dan order the pemes IKEA meatbaaaaaaaaaallllll. Tapi for me, ai prefer the fish n chip sebab they serve the dory fish terbaik setakat ni lah, tapi tak selalunye ada dish ni bila saya ke IKEA.
 
IKEA meatball
Parking? One leceh thing bila sampai IKEA ni, tak kisah lah, public holiday ke, weekday ke, weekend ke, memang lah crowded. Especially bila dah tang tengahari, parking jangan haraplah boleh terus dapat aje. Tawaf patploh kali pon belom tentu dapat.

Anyway, setakat ni IKEA adalah tempat rujukan terbaik lah untuk idea menghias rumah. They always come with creative ID design. Barang-barang kelengkapan rumah memang ada macam-macam ada dan mostly adalah concept DIY. Harga? Tepuk dada tanya selera. Tapi, tak sabar rasanya nak tunggu sales di coming March.

Now kalau nak beli barang di IKEA, ai just order from my sis kalau diorang  plan ke sana or ai just go tru the magazine and make a list tru dat or just go direct to the website, get the code no an direct ke store area dan terus ke cashier counter, bayar, teros balik.

Pernah dulu masa awal-awal ke IKEA, gaduh ngan Razi sebab dia kata IKEA guna barang recycle. Hhahaha. Rasanya mereka galakkan we all to recycle kot bukan dorang jual barang recycle. Hentahlah.

So far, nowadays, for the time being, memang dah tak larat nak ke IKEA lagi sebab dah ada tiga orang askar yang sangat noty and active dan terpaksa meredah lautan manusia di sana. Dan tak sanggup main kejar-kejar dengan diorang. Even though ada tempat boleh letak anak kita bermain di Smaland, tapi diorang lagi prefer ikot i'ols mentawaf ruang pameran. Haihlah kids!

2 comments:

Bunda_nora said...

sabtu lepas cuti CNY bunda dan anak2 baru jer ke IKEA...saja jln2...cuci mata...
tak salahkan siapa pun kesana... bukannya mesti nak borong sesuatu...
tujuan asal hanya nak beli lampu..
lampu tengah rumah dah lama terbakar...
tak sampai rm50 pun...pastu beli 2 biji mugs tu jer...

my name is lily said...

hehehe... gitulah sama macam saya, kadang tu tak borong apa pun, hanya cuci mata dan "curik" idea untuk hias di rumah mana yang patut. Tak pun, hanya nak layan tekak anak-anak makan meatball... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails