"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Friday, 7 February 2014

Pesan Ibu #15 Surah Al Kautsar


1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu sebuah sungai di syurga.

2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.


7 RAHSIA DISEBALIK QS AL-KAUTSAR

Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Syurga. 

Kolam sungai ini diperbuat dari pada
batu permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya, iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan, diantaranya ialah :

1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdoa. Insya Allah, doa kita dikabulkan oleh Allah SWT.

2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. In sha Allah hilangkan rasa dahaga.

3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak. Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini 10x. In sha Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika kita membaca surah ini 1000x. In sha Allah rezeki kita akan bertambah.

6. Jika kita rajin membaca surah ini. In sha Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini sebanyak 71x. In sha Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Jazzakallahu khairan khatira


4 comments:

Cho Zila said...

ayat yang mudah.. kita mampu mengubahnyer...

aizamia3 said...

InsyaAllah.. DIA sentiasa bersama kita..

Cho Zila said...

terima kasih singgah blog akak...

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

walaupun ayatnya pendek tetapi banyak khasiat dan penawarnya untuk diamalkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails