Wednesday, 12 May 2010

Aaaww! The Phenomenon!

Ohhhh! This is so miserable and otak saya juga sudah sedikit beku. Wah! Sound serious eh?! 

Location: Office 

FYI, Me and my Jasmin is having a terrible flu since the last few days and it is really annoying me. And I can’t even concentrate on my shop drawing so ended blogging lah! (Sangat tensi nih!) All my senses are all gone and left my brain google’ing everywhere…. And some more can see “twinkling little star up on my head!”

Hadoi! How to start eh? Susah nak cari ayat formal time my brain tidak berapa normah normal sekarang ini.

Okaylah, straight to the point, this entry is regarding on what has got to do with the certain social website yang kian berapi-api dan membuat certain people jakun tentang penggunaannya. (dan mungkin pembaca budiman adalah salah seorang ahli peserta kelab jakun ini tetapi saya tidak; eceh!) To be frank, my friend list cuma ada 130 orang sahaja kerana semua request telah di tapis dengan penuh adil dan saksama terlebih dahulu and barulah diluluskan.

Note: All this is just a self expression towards duniawi and nothing to do with yang hidup atau mati. And my entry will be in Bahasa Melayu and please use translator for English. Thank you!

Salah satu laman social yang paling glamour zaman ini ialah FACEBOOK ( I tau u’oll semua mesti dah boleh agak, Applause! Applause!) Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah tentang penggunaannya dan serba sedikit limitasi dan juga padah jika sudah terlajak perbuatan (jaga-jaga, matlamat tidak menghalalkan perbuatan!) 


 Jika di pandang dari sudut positif, FACEBook adalah satu sumber atau method untuk mendekatkan ukhwah antara rakan-rakan lama mahupun kenalan di sekolah, uni, maktab, poli dsb atau di mana sahaja rakan anda berada.

Tetapi, jika di pandang dari sudut negatifnya pula, segala sembang-sembang, gurauan senda (especially untuk yang sudah berumahtangga) antara bukan mahram di dalam FACEBOOK mungkin boleh menyebabkan pengunaannya haram dari sudut pandangan ISLAM. ** Sudah tentu ia akan membawa kemudaratan dan keruntuhan rumah tangga (tetapi saya tidak pasti pula jika mendapat keizinan dari pihak suami atau isteri, tetapi spouse mana yang nak control 24/7 apabila each other sudah start FACEBOOKing)

Okaylah, nak ringkaskan cerita, ada beberapa cara penggunaan FACEBOOK boleh menyebabkannya menjadi haram:

Mendedah keaiban suami atau isteri di facebook  
Well, it’s not only happened between husband and wife but boleh juga dilihat dari segi saudara mara terdekat juga. Maksudnya di sini, mereka-mereka yang jakun ini mula meluahkan pelbagai perasaan di Wall mereka lantas mendapat pelbagai komentar dari rakan masing-masing (menurut pakar dalam bidang rumahtangga, wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas tekanan dan beban tanggungan.) Oleh itu, tanpa disedari, perbuatan itu tergolong dalam mengumpat yang diharamkan ISLAM. Pendedahan pelbagai masalah mungkin mengundang aib orang lain dan pasti terjerumus dosa.

Terlebih gambar 
Apabila gambar di komentar dan mendapat pujian atau kutukan, si tuan punya redha sahaja dan tidak pula memadam komentar yang boleh ke arah “kurang etika” (sendiri tafsir la ye!).

Penyamaran – split gender and it relates to the misused of the pictures….

Muat turun gambar untuk tatapan atau simpanan – misused of the pictures….

Tandakan gambar (tagging) tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat – 
Orang-orang yang jakun ini pasti akan menyiarkan gambar-gambar lama, semasa muda, masa sekolah rendah, masa sekolah menengah dsb dan apabila gambar di “tag” oleh org lain pasti akan jadi tatapan umum dan tersebar. Pendek cerita, mungkin org ini dahulu tidak menutup aurat tetapi kini sudah menutup aurat dan gambar lamanya di”tag”, tak ke mengaibkan diri sendiri tu? Haaaa……

Mengutuk diri sendiri dan kebaikan – 
And last but not least, apabila gambar org-org jakun ini tersiar di dalam facebook, gambar baru, atau gambar lama, dan secara tak langsung mengutuk dirinya sendiri. Contohnya seperti membuat album dan meletak tajuk seperti “zaman suci”, “zaman nomad”, “zaman ekstrem”, “zaman kuno”, mahupun “zaman jahilliyah dulu”. Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dan mengutuk diri sendiri.

 **sumber: Zaharuddin Abd Rahman; Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM.  

Haaaaa.... kan saya dah kata, sesuatu perkara jika digunakan untuk jalan yang betul Insyallah tidak akan mengundang masalah tetapi jika di salahguna pasti akan menjurus ke arah negatif. So, please aware u'alls, if not tindakan yang awak semua lakukan tanpa berfikir panjang pasti mengundang kecelakaan. 
Saya sesama saudara, sesama ISLAM cuma ingin berkongsi pendapat dan luahan, kadang-kadang saya juga mudah lupa tentang pembawaan diri saya tetapi saya masih berpijak di bumi nyata. Saya adalah seorang ibu yang sentiasa berusaha untuk menjadi "sempurna" untuk sesetengah "mata orang".....




P/S:  But I wonder what kind of social website will come up for the next ten to twenty years ahead? Will Jasmin be one of them oso? Hurmmm...Jasmin, i warn you not to misused the internet and please don't join the Jakun Club! heeeee.....

4 comments:

Ah Moy said...

akakkk!!!
nah amik la award ni...
khas tuk akak...pastu past la kat blog akak smbil linkkan ke link wawa ae...tq..:)

my name is lily said...

mananya cik wawa?

uncle gedek said...

Quote: "Setelah di tapis dengan penuh adil dan saksama terlebih dahulu and barulah diluluskan."
Maka : I'm flattered...

my name is lily said...

mr mGm: hehehe! tahniah kerana anda telah berjaya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails