Monday 1 July 2013

Malaysian University English Test (MUET)


Hasrat untuk sambung ijazah sarjana muda dah laaaaaama saya simpan. Saya tangguh untuk sambung ijazah sarjana muda saya kerana nak built up my family dulu. Saya berkahwin dalam akhir tahun HND saya dan dapat Jasmin ngam-ngam tamat HND dan selepas itu saya fikir mungkin saya perlu bekerja dahulu untuk cari pengalaman.

Sekarang dah enam tahun. Lama betul saya tangguhkan cita-cita dan impian saya ni. Sampai dah beranak tiga. :)

Bagi saya, nak kan ilmu, tak perlu dipandang pada usia. Selagi kita mahu dan mampu, in shaa allah ada jalannya. Tak kisahlah dah bercucu cicit sekali pun, kalau ada keinginan, tak ada salahnya untuk capai cita-cita. Bagi saya, ilmu lah yang akan membawa saya mengelilingi satu dunia. 

Earlier this year, saya di ditawarkan untuk sambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia secara separuh masa. Pucuk di cita ulam mendatang. Tapi nasib badan, bila di kira-kira balik, final paper untuk semester pertama ialah pada bulan Jun dimana EDD untuk baby saya juga pada bulan Jun.

Makanya, dengan berat hati, saya tangguhkan lagi hasrat saya untuk kejar cita-cita saya ini. Maybe saya ready untuk this September intake, or i'll postpone it until March next year. Depends on my Razi's decision juga. He's the one juga yang nak approve everything. :)

Oh, untuk sambung pengajian, saya lupa saya masih belum mengambil ujian MUET. Ye lah, untuk menyambung ijazah sarjana muda pertama saya ini, salah satu requirement dari IPTA di Malaysia perlu lulus MUET. 

Oleh kerana kakak saya juga sekarang sedang menyambung pelajarannya secara separuh masa di UiTM, maka urusan pendaftaran ni jadi mudah sikit bagi saya sebab dia juga akan ambil test ini untuk sambung ijazahnya nanti. So, ambil kesempatan, saya serah semua urusan pada dia aja. Hehehe. Dari payment sampai print out slip pun dia yang buat. Thanks ET. 

Registered myself as an Individual candidates and the test will be held this month of July. MUET ada 4 test. Speaking, reading, writing and listening. Pihak MUET schedule my speaking test this week and I have to go to SMK St Paul Seremban but i have no idea where the school is. o.O

Cerita tentang perasaan, i am nervous okay. Dah lama tak masuk dewan peperiksaan, and this time nak kena speaking English lagi, heeeewwwwwww, berpeluh badan. 

Ye lah, to converse in English for 30 minutes depan orang-orang ramai, lebih kurang macam kena buat public speaking, sigh, itu mencabar. Lebih-lebih lagi kalau candidates-nya yang muda-muda fresh baru habis SPM. Mencabar okay sebab saya yang tua ni, tah ke laut tah ke bulan, saya nak berdiskus dalam English nanti. Hewhewhewhew~~

Three more papers are schedule by end of this month. Hope everythings will be okay and of cos kerjasama dari Orked sangat-sangatlah dihargai. Nenek aja yang dapat membantu. Aamiin...


1 comment:

Tasao Yumiko said...

gdluck fren.. amik course apa nti?? uitm mana?

aku masuk intake sept ni course sains pentadbiran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails