| Saya sangat tak suka bila tangan dihias benda ini! |
Well, frankly tell you, i am so glad when there's always something to share with u'ols when I think there's always a wise thing to share with someone else. AEDES buat saya MErANA for about a week and sememangnya bercuti di hospital ber-ala "5stars" adalah tidak sama seperti bercuti di hotel lima bintang walaupun Mr Darling is always besides me. Saya tak tipu kerana saya mengalaminya dan saya berjanji dalam diri saya takkan kembali lagi ke bilik 318 itu (eventhough saya di rasuah dengan doktornya yang sgt comel+kind+caring+handsome, tidak mungkin! PASTI!)
Tetapi kalau mengikut hukum akal, penyakit yang datang bukan sengaja dirancang. Saya diuji di bulan Ramadhan yang mulia ini (di-admit on the first day of fasting days) adalah sesuatu yang menguji keimanan saya. Alhamdulillah, Allah masih tetapkan iman dan ketakwaan saya dan masih memberi peluang kepada diri saya untuk terus beribadah dan memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan lalu dan masih mampu mengutip seberapa banyak pahala di bumi Tuhan ini. Orang kata, penyakit yang datang adalah seperti membersihkan certain dosa-dosa saya dulu-dulu... Wallahualam.....
Tuhan juga memberi peringatan kepada saya bahawa tidak semestinya yang ciptaan sekecil itu tidak mampu untuk menggugat diri sebesar alam seperti saya. Dan mungkin itu suatu pengajaran bagi saya untuk mengenal diri saya sebenarnya......Syukur......
P.S. Satu nasihat dari saya, idea untuk menyimpan semua ubat ke dalam poket seluar yang diberi oleh nurse untuk diTELAN bagi tujuan menyembuhkan penyakit adalah sesuatu yang langsung tidak bijak!