Thursday 10 March 2011

Never say never! Don't give up!




Kepada sahabat yang sedang ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa musibah itu menghapus dosa dan petanda perhatian Allah SWT kepada kita. Anggaplah musibah itu sebagai pelaburan dunia bagi orang-orang yang sabar bagi mendapatkan saham akhirat yang lebih besar!

Petua dalam menangani pemikiran yang negatif dalam berhadapan dengan musibah ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT. (Riwayat Muslim).

Ingat, musibah bukan alasan untuk kita terus bersikap menyerah kerana Allah bencikan hambaNya yang berputus asa! Maka merancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah, semoga kejayaan bakal menjadi milik kita...



p.s. 
Nabi saw pernah bersabda dlm sebuah hadis yg dinyatakan oleh Ibn Hajar dlm al-Isabah, kpd sahabat yg bernama Tha'labah,maksudnya : Sedikit anugerahNya yg kamu penuhi kesyukurannya lebih baik daripada yg banyak tetapi menyeretmu kpd kelalaian"

2 comments:

uncle gedek said...

Bounce back!

The key word is 'Bounce back'

:)

my name is lily said...

yeaah! double bounce back!

p.s. tapi takot juge kalu tergolek....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails