Friday 14 February 2014

Tayar Pancit dan Wanita

Dalam hidup, terutamanya mereka yang berkereta, nak tak nak, sekali dua, pasti akan berdepan dengan masalah tayar. Pancit lah, meletop lah, tak dak angin lah dan et cetera.

Kalau perkara gini jadi kat kaum lelaki, nak tak nak, mereka kena la hadap, tukar tayar spare atau ganti yang baru, sama ada on site, tengah jalan, tengah hiway. Takpe, mereka gagah!

Tapi kalau jadi kat kaum perempuan macam saya, tengah-tengah highway atau jalan yang sibuk pulak, tak ke haru...?  

Terus terang cakap, saya memang tak ada kemahiran menukar tayar kereta. Langsong!

Dan dah nasib saya pagi semalam, tayar kereta saya buat hal. Nasib dah sampai Kelana Jaya dan dah masuk simpang berdekatan dengan office. Al-alamat-nya, saya call ahkak saya, then suwuh abg ipar bawak tools dan jek bagai. Nasib ado abg ipar dokek boleh selesaikan masalah. Alhamdulillah, pukul doblas tengahari smlm settle! 

Yerp, semalam pagi, agak sedikit malang, tyre black pony burst! Ye, bukan pancit tapi pecah sebab dah haus. Daym! 

Tapi dalam masa mengomel-ngomel menyumpah-nyumpah dalam hati tu, timbul rasa syukur sket sebab nasib baik dah sampai area office dan tak meletop kat tengah hiway sebab kalau meletop kat tgh hiway kemungkinan besar kereta akan berpusing dan kalau breakdown tepi hiway lagi parah siapa nak tolong datang tukar tayar takkan nak tukar sendiri pulak dan takkan nak panggil towing truck nnt kena charge mahal dan kena consider charge menipu dari mat-mat longkai yang kengkadang ni tak boleh nak percaya langsung sibuk nak amik kesempatan aje kejenye. Sigh~~~

Apa pun, like my RM said yesterday afternoon, it was my fault, my own mistake. Walaupun saya balas balik kat dia it was unexpected and what can i do more with what God has planned for me. Ecececeh...

Dia cakap, setiap rupa kereta, itu lah yang mencerminkan diri empunya kereta. Haaa... deep btol maksod RM ai nih plak. 

Then bila tanya shud ai apply for half day leave, he said, it was an extraordinary cases and bla bla bla bla.. *start syarahan dah*

Tambah dia lagi, setiap kereta perlu ada maintenance. Jalan jauh ke jalan dekat je, maintenance itu penting!

Macam tayar kereta, he advised me to rotate them every 5000KM. Yang depan bawak belakang and vice versa. Jangan lupa balancing dan alignment sekali.

Dan tayar perlu ditukar apabila dah jalan 50,000KM atau dah tiga tahun pakai, mana satu datang dulu.

Dan jangan lupa, catat dalam dairi kehidupan, tarikh tukar tayar bila untuk catatan masa hadapan dan rekod. 

Cara-cara tukar tayar?
Haha. Malas nak type bebanyak kat sini. Sila google atau tipon sahaja laki semasing atau abang, atau pak sedara atau tunggu strangers yang berhati mulia serah diri nak tolong tukarkan tayar. 

Tayar ni ahkak-in-law yang bagi sebab dia tukar rimsukan untuk pony dia dan ekceli dah dua tahun kot pakai tayar dia bagi ni. Ini lah jadinya kalau tak check tyre selalu tetapi saya pelik sebab baru dua minggu lepas saya tukar absober tayar belakang ni dan tak nampak apa masalah pon masa tu semuanya okay aje. Dugaannn....

Macam kena geget dek tikus! *atas tu adalah spare tyre*


Anyway, cuti tak tolak. Selamaaatttt....

1 comment:

Bunda_nora said...

sepatutnya kita ambil tahu hal2 ni...jangan pandai memandu saja kesana kesini...
bunda bercakap pandailah...tapi bunda sendiri tak pandai memandu..
haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails