Friday 30 September 2011

Kisah Syawal 1432H

**okay, sila imagine sendiri how i feel right now. Ekceli, this is how it's look like after masuk kerja as my maternity leave ended one week before hari Raya and continue balik after one week hari raya holiday and until today and maybe gonna last until my contract end. Memang paranoid! memang hectic! memang strezzz! 


But not only di office, kadang-kadang sampai terbawak balik ke rumah, dan bermula lah pulak episod mr & mrs smith dengan abahRazi. Di campur lagi dengan kerenah my "tuan-puteri-banyak-perintah" and my son yang asyik nak dibelai didodoi baru nak lolap! Memang epic sangat my life recently!

Bila semuanya dah bersatu, satu entry pun hapah tak dapat nak dihapdet, even my Hari Raya Story 1432H pun baru terhegeh-hegeh nak hapdet even though Syawal dah tak nampak bayang lagi pun.Karang kalau tak di hapdet, kesian pula kat Jasmin, tak ada memory of her on Hari Raya 2011.

Jasmin with her kazens. Dis was taken on 2nd Hari Raya so no more baju kurung sebab one of her baju kurung dia dah pakai on the Hari Raya Eve. *pix sumber #FB

Baiklah, Raya kali ini adalah giliran untuk abahRazi and the in-laws so for me memang akan ada sedikit kesyahduan lah apabila dua tiga hari sebelum raya sudah berada di Rembau dan berjauhan with my family. Tapi apa pun, syukur kerana masih di beri peluang untuk berhari raya bersama-sama dengan keluarga tercinta, walau dimana berada, walau siapa pun mereka, Rayo totap ado!

Adam sekarang yang dah pandai tersengih
Anyway, Syawal tahun ni meriah sedikit dengan kehadiran Adam. Meriah dalam erti kata saya iaitu dari segi preparation-nya. Dari erti kata sama, challenging, especially nak menyiapkan Jasmin di pagi raya.

Jasmin memang liaaaaaaaat sangat nak mandi, kadang-kadang sampai memekik-mekik menjerit jerit saya nak memanggil Jasmin masuk bilik air. Kalau setakat cubit-cubitan ke, ugutan hanger ke, memang tak jalan, itu yang saya pelik sehingga sekarang kenapa Jasmin tak suka mandi. Tapi lain pulak kalau hari hujan, dia akan mandi dengan senang hati siap guna shower lagi. Jasmin kata "mandi air hujan". Hape-hapelah Jasmin ni!

So, First day pagi Raya hari tu, dia karang syarat buat "nenen" dulu baru mandi. After "nenen" baru nak mandi, tapi helah dia aje, liat juga lagi nak masuk bilik air, last-last, terpaksa la guna kuasa kudrat yang hado dukung masuk bilik air. Kecebusssshhhh, meraung! Jasmin.... Jasmin....

Adam memang tak susah nak siapkan, pagi-pagi selepas saya uruskan baju semua orang, then baru saya mandikan dia. Adam looooove the water very much. Mandi tak ngelat macam Jasmin. Kena air sikiiiiiit pun tak nangis, tersengih je lah manjang. Adam budak baik!

Dunia Hari Raya dahulu masa kecik-kecik tak sama macam budak-budak zaman sekarang. Budak-budak sekarang memang pandai berdandan bermekap bersolek berkasut tumit tinggi (even budak baru umur 3/4 tahun pon!) yang bertudung pula memang semua nak mengalahkan Yuna. Jauh betul perbezaannya, even sekarang ni saya hanya kenal compact powder dan sedikit lipstik yang tak berapa nak merah warnyanya. Bukan kegemaran saya untuk semua tu kot, berdandan secara ala kadar, natural beauty itu lebih baik. Cewah!

Owh, gambar Hari Raya? Banyak juga bergambar pada tahun ni, tapi semuanya dalam simpanan kamera orang, so memang lah saya liat nak mintak, and the worst thing, abahRazi terlalu baik hati "menyedekahkan" handphonenya kat hamba Allah yang kurang berkemampuan, so memanglah gambar raya family yang diambil menggunakan handphonenya tak sempat nak diselamatkan.

Anyway, sharing with you, one happy pictures of my nephews and nieces. This picture is taken on the third day of Hari Raya. Taken by my sister and I do love it a lot. Ceria sungguh anak-anak menakan~~ Budak-budak memang lah riang menyambut hari Raya but for me nowadays, makin tahun makin tua makin sayu. Biar sahajalah hati yang tahu.

*Saya tau soalan anda tapi sila jangan tanya saya kenapa*


P/S:

6 comments:

faraherda.razalan said...

Cutenya pic awak tu!

Anonymous said...

apa kata ko edit or tampallah muka dia pandang ke depan,,,hahahha,,,

my name is lily said...

mommy fara:
Thanks!

p.s. yang mana satu ek? hehe

my name is lily said...

anony the along:
kita re-shoot balik ler....
hehe

uncle gedek said...

1) Pix frpn sumber fb = Haha!

2) K-E-N-A-P-A..??????

my name is lily said...

1) ye, i know....

2) even myself can't explain. Misteri sangat... even my sister yang ambik gambar ni pon. Aneh.... hehe~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails