Friday 20 January 2012

Trauma saya tentang pusat asuhan kanak-kanak

Padanlah hari ni saya rasa syahdu sangat. Sebak je rasa dalam hati. Pertama sekali pagi-pagi dalam hujan lebat, baru je nak drive, on radio dapat berita dua orang baby meninggal tersedak susu di nurseri yang sama dan yang keduanya masuk je office dapat tahu one of my blogger's cat mati sebab accident *RIP Shark*

Ehsan: Metro Online

Okay, cerita-cerita tentang berkaitan dengan anak and mostly baby ni memang akan buat saya tersentuh. Ya lah, saya ni ada anak-anak kecil di rumah, Jasmin baru 3 tahun and even my Adam pun baru 6 bulan. Bila jadi perkara macam ni kat orang lain, memang secara tak langsung, akan timbul perasaan dan pertanyaan "apa perasaan saya jika perkara sama berlaku pada saya?".

Memang hidup mati jodoh pertemuan semuanya ketentuan Allah, saya perlu redha dengan Qada' dan Qadar-Nya. Tapi hakikatnya bagi saya, saya akan jadi sebak sebab perkara macam ni adalah realiti dan benda itu memang berlaku dan apa akan jadi pada saya jika saya menerima takdir yang sama? Nauzubillah... jauhkanlah aku dan anak-anakku dari kesedihan dan kecelakaan, berilah kami perlindungan dan keselamatan.

Awal-awal dulu, masa Jasmin baru 4/5 bulan, saya di offer bekerja, dan pada awalnya memang lah bercadang nak di hantar ke pusat asuhan dan kami tahu kami mampu dan kami di reccomend dengan individu yang boleh menjaga Jasmin. Pada dasarnya hati saya agak berat untuk memberi kepercayaan kepada orang yang langsung tak pernah saya kenali untuk menjaga Jasmin, lebih-lebih lagi orang itu hanyalah orang perseorangan dan bukannya taska berdaftar. Saya tak tahu kenapa lepas bertemu dengan baby sitter tu, hati jadi saya jadi berat. Risau; mampukah untuk dia menjaga Jasmin sedangkan dia juga mempunyai seorang anak yang masih kecil dan beberapa anak yang masih bersekolah. Sejauh mana dia mampu beri tumpuan pada Jasmin especially bila dia menyusu?

Akhirnya, ibu bapa saya sarankan agar Jasmin dihantar ke rumah mereka. Mereka seikhlas hati nak menjaga Jasmin. Bagi mereka, keselamatan Jasmin lebih terjaga. Saya tahu dari pandangan orang luar akan kata, kenapa perlu saya menyusahkan ibu bapa sedangkan kita mampu nak hantar ke pusat jagaan anak-anak. Bagi saya, semua orang ada pandangan berbeza-beza, kena hormat pendirian masing-masing but the point is saya yang perlu buat keputusan dan bukan ikut keputusan yang di buat oleh orang lain. 

Ibu bapa saya sangat rasional. Mereka tahu berurusan dengan siapa dan mereka tahu cara mana untuk berurusan lebih-lebih lagi dengan anak-anak dan cucu-cucu. Saya tahu mereka tak pernah berkira, mereka tahu cucu-cucu mereka adalah darah daging mereka sendiri.

Alhamdulillah, ibu bapa saya masih lagi dikurniakan dengan kesihatan dan kekuatan yang mampu untuk mereka mejaga Jasmin. Bagi mereka, Jasmin adalah penghibur hari-hari mereka. Bagi bapa saya, selepas retirement, inilah masa untuk dia bersama-sama menghabiskan waktu dengan anak cucunya selepas berpuluh tahun bertugas dengan PDRM.
 
Perkara biasa, bila kita hantar anak-anak ke rumah ibu bapa kita, perangai manja, perangai mengada-ngada tu akan terlebih-lebih. *Even saya masa kecik-kecik dulu pun tak pernah se-close macamana Jasmin dengan atok dia sekarang* Bila saya marah Jasmin, Jasmin akan mengadu dan carik nenek dan atok dia dahulu. Tak pasal-pasal, kita pulak yang di marah dengan mak ayah kita. Perangai Jasmin, lepas kena marah, Jasmin will automatically akan cakap "....nak balik rumah nenek..." and the latest one Jasmin cakap dengan Razi yang ".......Jasmin nak "tanya" ngan Atok, ibu cubit Jasmin..." Ohhhh my Jasmin!

And even my counselor pun advise me to send my kids to my parent's house sebab dia juga hantar anak-anaknya ke rumah orang tuanya. Dia juga takut dengan isu yang sebegini dan dia ambil langkah berjaga-jaga kerana dia juga tak mahu perkara yang sama menimpa anak-anaknya. Bagi dia suami isteri perlu lebih positif, terbuka dan rasional. Lainlah kalau mak ayah kita dah tua sakit bongkok tapi masih lagi nak hantar anak-anak ke rumah mereka, itu mencari nahas maknanya.

Whatever pun, saya rela orang kata attitude anak saya teruk sebab di-spoil-kan dan dimanjakan terlebih-lebih oleh atok dan nenek mereka daripada saya kena tanggung sengsara seumur hidup apabila dapat call "..... sila tuntut anak anda di hospital sekarang....."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails