Friday 30 March 2012

Kisah Budak Planet

Teringat saya ada satu kisah cerita semasa zaman budak-budak remaja saya.  Cerita kehidupan tentang seorang budak yang suka menjadi orang lain instead of menjadi diri dia sendiri. Biasalah, budak-budak, masih tiada identity sendiri dan senang terpengaruh dan obsess dengan sesuatu yang dia minat-sampai-nak-mati!

Perkara ini pernah berlaku kepada diri saya sendiri. She is my cousin. Living with my family since she was Form 1 kerana budak ni mempunyai masalah dengan family dia. At first budak ni masuk asrama but later after PMR dia stay kat rumah kami. 

Back to the story, pada awal saya tahu perkara ni, saya suka dan saya tak berapa nak kisah. Pedulikanlah, budak-budakkk….. dan sekurang-kurangnya saya tahu, ada seseorang yang jadikan saya sebagai idola hidup mereka. Tapi lama-kelamaan bila budak ni terlalu obsess dengan diri saya, saya jadi rimas dan akhirnya saya sendiri jadi takut dengan budak ni.

Keobsesan budak ni sehingga sanggup dia mengambil barang-barang kegemaran saya secara senyap-senyap. Kadang-kadang saya perasan, t-shirt favourite saya hilanglah, baju kurung hilanglah, ini lah hilang, itulah hilang, so later I found out, budak ni yang suka ambil barang-barang saya. Tapi dia tak pernah ambil duit saya, itu saya kagum.

Ada sampai satu tahap tu, saya sedang tidur, dia secara senyap masuk bilik tidur saya, tanpa minta izin atau kejutkan saya, terus sprraaayyyzzz perfume kat baju sekolah dia. Homaigad! Saya ada kat depan mata dia kot…. Apa dia ingat saya tak terjaga kalau dah harum semerbak satu bilik tidur saya. See…. Even kewangian badan saya juga dia sangat obsess sampai sanggup ambil guna senyap-senyap perfume favourite saya. 

Saya tak pernah bising atau marah dengan budak ni. Saya kesian sebenarnya dengan budak ni; kurang kasih sayang dan perhatian. Saya tahu dia suka ambil barang-barang kegemaran saya. Dari situ saya tahu dia ingin menjadi seperti saya. Dan saya tahu dia tak mampu nak adakan barang-barang seperti yang saya ada so dia ambil barang-barang saya secara senyap. 

Saya masih ingat lagi, pernah satu hari tu dia kata dengan saya, nanti bila dia dah habis sekolah macam Kak Lily, dia pun nak suruh abah dia belikan kereta kancil macam kak Lily dan boleh berjalan ke mana saja macam Kak Lily pergi. Okay, satu impian yang bagus. 

However, kalau nak ikutkan, hubungan kami memang rapat giler, lebih rapat dari adik saya sendiri kot. Nak ikutkan, kemana saya pergi, memang saya bawak budak ni. Dia pandai ambil hati orang lain. Mulut memang manis dan sebenarnya senang berkawan dengan dia ni sebab dia ni jenis happy go lucky.Tapi satu perangai budak ni, tak semua orang boleh nasihatkan dia, tapi bila sekali saya cakap dengan dia, saya terharu sebab dia ambil pusing apa yang saya sampaikan, sampai meleleh air mata dia. Maknanya segala perkataan ucapan saya masuk hingga hujung qalbu budak ni.

Ramai orang kata budak ni panjang tangan, suka mencuri. Actually it was her habit sejak dari kecik. Family tak pernah ambil kisah. Habit yang tak pernah di kawal, lama-lama ia akan jadi addicted. Kalau tak buat, jadi tak senang duduk. And it is actually satu penyakit. Mental sickness!

And some more, for me, she is not a jealousy person, but her heart is full of envious. She wants to be like someone else because she thinks that the person she adores so much was so perfect from her views. 

But now, she has grown up, but not sure tentang habit yang dia ada tu still ada lagi ke tak. Lama tak berjumpa dan mendengar khabar cousin saya ni. Minta-minta dia dah insaf dan hope it won’t happened kat anak dia pulak. But I know, life has its own karma. You do bad things so tuhan akan balas balik kejahatan awak tu, and if you do good things tuhan balas dengan kebaikan.

Doa saya, minta Allah berikan hidayah untuk orang-orang yang mempunyai masalah hidup macam ni. Amin.

Well, cousin, if you read this, just remember one thing, you don’t have to be someone else.  Just be yourself and make your life as the way you are.  Please don’t make people call you “Budak Planet” as my brother pernah panggil u macam tu sekali last time.  Cheerio!

4 comments:

IntanRamli said...

knpe tetibe tringat 'buda planet' ni..las i jupe die pon mase ko kawen kot..

my name is lily said...

eh, ko ingat die lagi ek?

ps. ape cer? lamo menyopi?

faraherda.razalan said...

Mcm seronok pulak baca cite nie. Mcm boleh bt novel. Serius menarik!

my name is lily said...

kennzzzzz! pastu siap highlight *base on true story*

haha! ada-ada je mommy farah nih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails