Sunday 1 July 2012

MAHA 2012, Seremban

Semalam baru ada masa nak menjenguk MAHA 2012 yang dah berlangsung sejak Isnin lepas walaupun letaknya tak lah jauh sangat dari kawasan rumah dan very nearby to STAR of Paroi. 

Biasalah... alasan cliche; tak sempat nak pergi sebab biasanya balik dari KJ sampai rumah dah nak Maghrib dan memang la sejurusnya tiba di depan pintu rumah, my night shift akan start pulak. 

So, untuk keselesaan my kiddos, semalam petang memang seswai sangat taking them to MAHA, cuaca tak berapa nak panas tapi visitors toksah cakap lah, memang crowded sangat!

Adam dan bapaknye memang tak dapat dipisahkan dengan thrill action cenggini. *View diambil dari atas lori A&W*
Memang tak sah lah kalau tak ada mereka-mereka ni. SO HUGE the moo-moo cow!

Orchids. Colorful. Always being my favourite!
Anyway, kebanyakan exhibiton kat MAHA di okay okay je lah tapi dalam banyak-banyak khemah dan booth yang ada di MAHA 2012 ni, exhibition tentang pokok-pokok HERBS yang paling menarik minat saya. Bagi saya pokok-pokok herba ni memang paling senang nak dapat, senang nak jaga, dan juga memang banyak kegunaannya. 

So, kerja saya petang semalam adalah men- "snap" all the description of the plants. Sangat membantu okay. And I'm thinking of having my own herbal garden soon, "Lilly's Edible Garden" . *but not so soon lah hehe*

Kiddos dan bapak mereka di hadapan entrance khemah herba
Inspirasi
DUKONG ANAK - rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit birit, gatal-gatal dan jaundis. Juga mempunyai sifat antivirus terutama viris Hepatitis B.

HEMPEDU BUMI - menurunkan darah tinggi, melegakan demam, ubat luka

ATI-ATI - merawat sakit mual-mual, sakit kepala, masalah pencernaan, sembelit, demam dan perut kembung

KEMBOJA - merawat bengkak badan dan bisul (tapi ini bukan pokok kemboja tapi pokok lavender, batang tu je pokok kemboja)

GELENGGANG - merawat pelbagai jenis penyakit khususnya berkaitan dengan rawatan penyakit kulit seperti kurap, panau, gatal-gatal dan gigitan serangga berbisa. Boleh digunakan untuk merawat sakit perut dan sembelit.

MISAI KUCING - Rawatan untuk ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam dan melawaskan air kencing.

ROSEL - Mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda`

SAMBUNG NYAWA - Demam, penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkongan, menghentikan pendarahan, mengatasi haid tidak teratur dan gigitan binatang berbisa, bekuan darah (haematom), pembengkakan, patah tulang.


MAS KELOR - Merawat luka, daunnya sebagai ulam untuk pembersih darah dan kurangkan kandungan gula da kawal tekanan darah

BUNGA LAVENDER - Sebagai salah satu bahan untuk pati minyak wangi

MAS COTEK - Untuk wanita selepas bersalin, juga rawatan penyakit keputihan, dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita mengamalkan minum teh emas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda.

BELALAI GAJAH - Mengubati dermatitis, penawar kepada racun dari gigitan ular
Okay, sekian berita dari MAHA 2012. Tapi dalam banyak-banyak booth kat situ, saya rasa booth barang-barang mainan yang paling ramai tumpuan. Huh!

Okay, kejap lagi nak gi lagi ke MAHA 2012 to kill our time kat sana. Ye lah, mana lagi nak pergi on Sunday evening kat Seremban ni; kalau tak biasanya akan ke Kompleks Belia bawak Kiddos ke taman jogging tapi today since dah ada exhibition MAHA 2012 ni, so ke situ je la arah tujuannya. Carik makaaaannnn... :p

2 comments:

Hidayah said...

booth mini MAHA NS kluster herba ..hehehe :)

Hidayah said...

saya yang menjaga booth kluster herba ni...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails