Monday 7 October 2013

Jusmaitusen* : Masalah orang perempuan macam saya

*bak kata #fynnjamal


Okay, nilai 50RM yang saya offer sangat kecil mungkin. 
It's okay. 
Ada tempat yang lagi elok saya salurkan dengan nilai sekecil yang mengikut ukuran orang zaman sekarang.

Anyway, just nak bercerabeh tentang perkara-perkara random aje hari ni.
Mind ada sedikit numb hari ni berpunca dari my flu yang baru start yesterday evening and opkos, today is Monday. Blue[s].

Monday morning di office memang tak best. Petang dah jadi macam zombie je kat sini. RM takda, Acc & Admin Manager sibok ngan hal marathon, SPE da resign dapat better offer di Singapore, dan PE juga sama resign coz ikot husband transfer ke Terengganu and fully jadi housemaker kat sana. 

Me? 
Stuck kat opis, doing nothing. Hanya tunggu instruction dari sesapa nak buat technical drawings, sketch, amend drawings, or tukar position jadi kerani cabok kejap. Ngehngehngeh.

Macam ni la rupa gaya bila project dah siap.
Last week baru siapkan revised proposal drawing untuk RM bawak ke meeting dis week. Hope everything went well and in shaa allah ada rezeki, new upcoming project akan start end of this year or early next year.

By the way, life is kinda boring for this coming few weeks especially bila my PE dah resign. Takde geng nak cerita pasal baby's stuff. Nak gi lunch sesame. Nak gegossip itu ini.  
Reason-nya sebab ikut suami transfer ke KT dan sekarang jadi full-time housemaker dengan degree qualification! 

A month before she resign, ai did told her, what a waste if you stop your career macam tu aja. You are wasting your time and effort nak dapatkan degree and at the end of the day, after you got married and have baby, tiba-tiba nak quit cenggitu aja, semua sebab nak sentiasa berada di sisi suami. 

Benar, tempat dan kedudukan isteri itu adalah sentiasa di sisi suaminya. 
Statement ini sangat cliche bagi saya tapi saya bukan menafikannya. 

Bagi saya, untuk rumahtangga yang relevan dengan zaman sekarang, toleransi adalah kata kunci untuk sebuah rumahtangga yang aman damai. Kena lah ada win-win situation.

Anyway, disini saya hanya nak compare pengalaman saya dengan wanita-wanita yang lebih kurang sebaya dengan saya. Bukan dengan ibu-ibu yang 40s dah nak ke 50s mungkin kalau dia letak resign later, boss akan approved tanpa banyak kata. Atau yang dah layak untuk terima VSS.

Perbandingan untuk wanita muda seperti saya yang rata-rata habis aja belajar, terus gatal nak nikah. Yang sepatutnya masih lagi rakus mengejar passion and dreams mereka.

Ibu-ibu muda yang bekerjaya tapi ada rumahtangga yang perlu dijaga di rumah.

Saya adalah salah seorang dari mereka ini.
Yang perlu jaga makan minum suami dan anak-anak.
Yang sangat busy nak masak setiap hari balik kerja untuk suami dan anak-anak makan sampai tak kuasa pon nak hapdet dalam belog betapa rajinnya ai masak setiap malam balik dari opis.Kemas rumah. Do the laundry. Feed my baby.

Itu belum campur kalau anak sakit lagi.... Dang!

Haih. Betapa adventerousnya jadi perempuan yang multi tasking cenggini.

And my sister ada tanya hari,

"Li, ko tak penat ke travel hari hari gi kerja."

Tipulah kalau saya kata saya tak pernah ada arguement dengan Razi on what I want to achieve in life. Sebelum kahwin lagi saya sudah bercerita dengan dia, apa yang saya inginkan untuk future saya.

Kerana dia, saya pernah jadi wanita yang kecewa.
Tapi itu semua saya jadikan pedoman untuk saya bangkit.

Anyway, setiap pasangan itu berbeza-beza.:)

Ada yang dapat suami dah kaya-raya, so best duduk di rumah, setiap pagi hantar suami sampai depan pintu rumah dan setiap petang pula sambut suami depan pintu rumah.

Ada yang dapat suami, bekerja office hour, gaji ikut tangga gaji, ikot pengalaman, yang memerlukan seorang isteri support dan back up mereka dari segi financial. Saya dalam kategori ini.

Rezeki itu memang dari Tuhan, tapi kita yang manusia ni kenalah berusaha untuk dapatkan yang lebih baik, menjadi yang terbaik. Berdoa menadah tangan tak kemana kalau tak ada effort dari diri sendiri.

Saya ingat lagi masa bulan Jun tempoh hari. Saya ke KKIA di Seremban untuk check up baby Orked sebab jaundice. Sementara tunggu keputusan darah, saya ke nursing room sebab nak susukan Orked. Bertemu saya dengan salah seorang ibu yang sedang susukan anak dia juga. Borak dan borak akhirnya tergerak hati menanya si ibu ini bekerja atau surirumah.

"Saya doktor."

Tergamam saya. Dia langsung tak menampakkan seorang doktor. Sangat humble. Sangat sempoi. Sangat selamba.

Sambung dia lagi, but i'm no longer a doctor di hospital **. Dia sekarang menjadi visiting doctor di klinik swasta yang memerlukan khidmat doktor mengikut waktu sendiri.

Doktor muda ini beri alasan, dia tak sampai hati nak tinggalkan anak kecil dia pada orang lain. Lalu dia quit jadi doctor di hospital dan tak sambung untuk untuk dapatkan title specialist doctor and putuskan hanya untuk jadi part time doctor di klinik swasta sahaja.

Sayangnya. 

Saya tak nak cerita panjang tentang permintaan yang tinggi dengan perkhidmatan doktor-doktor di hospital kerajaan zaman sekarang. Memang semua sedia maklum tentang apa masalahnya.

Yang saya concerened adalah hati dan perasaan ibu dan bapanya, yang membesarkan dia dari sebesar tapak tangan sampai dah besar panjang dan sampai dah mampu memegang title seorang doktor.

Memang dia akui, mak dia agak terkilan. So sad.

Dia akhiri segala effort dia dengan alasan, i-am-married and i-have-kids-at-home, so-i-have-to-quit.

She quit since dari first baby and now she had three kids.
Lucky her, her husband working as an Engineer. She is safe from the financial matters. 
  Saya bukan nak mengata siapa-siapa. 
Saya sendiri punya anak perempuan. 
Jasmin. Orked.

Saya sangat risau. Saya tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati saya, if one day, bila dia dah tamat belajar, when she has become a doctor or engineer or some others professional people, and when she has found the right man, and she will tell me this, 

Ibu, I want to quit my job and I want to be a full time housemaker. My husband ask me to quit.

That hurts me. Deep.

Apa guna saya sekolahkan ANAK PEREMPUAN saya tinggi-tinggi, tapi bila ANAK PEREMPUAN saya sah diijabkabulkan dengan suami pilihan hatinya, dia putuskan untuk ANAK PEREMPUAN saya tinggal di rumah sahaja.

HELLOOOO.... EXCUSE ME! 



P.S. OH, MUNGKIN ADA YANG BERTANYA DAN MUNGKIN SESEORANG TERLUPA BAGAIMANA SAYA BANGKIT DARI KEKECEWAAN SAYA DAN SANGAT-SANGAT-SANGAT BERSYUKUR DENGAN KEHIDUPAN SAYA SELAMA INI. BOLEH BACA DI SINI DAN KESINAMBUNGANNYA DI SINI

1 comment:

Su @ Aya said...

Assalamualaikum...

Betul.. mungkin hati saya juga akan luluh jika begitu (kerana saya juga ada seorang anak perempuan). Cuma mungkin kita perlu fikirkan juga, zaman sekarang ramai surirumah, bukan sekadar surirumah. Lagipun, perempuan yg belajar tinggi2 dengan yg belajar sekadar nak habis sekolah, punya pemikiran yg berbeza. Malah pengalaman berbeza, pergaulan juga IQ berbeza.

Hanya pendapat terpencil saya. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails