Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Tuesday, 24 August 2010

Bila Kita Redha dengan Takdir Tuhan....

Our first photo together
Huh! I have missed LOADS AND LOADS of things to update in my blog since I’ve been admitted to hospital for the past few weeks. Story Updates on my Jasmin’s birthday, my 3rd WEDDING anniversary, my buka puasa, sahur time and Ramadhan celebration and so on August activities but DAYYYMN! you Denggi, you make my day horrible! Terrible! Uuppsss… no cursing please, Bulan Puasa nih!

Okay, the FIRST most important thing yang I nak update for my time capsule right now is regarding my anniversary, my 3rd wedding anniversary precisely! Yeay! Alhamdulillah….

Well, Surat dari hati kali ini memang lah sebolehnya saya cuba IN-kan all the feelings of perasan perasaan CINTA yang mendalam dan tanpa berbelah bahagi mahupun prejudis. (Ye lah kot!)

Tiga tahun muda lagi…. Kalau nak ikut structure in construction of railway (konon-lah!), relationship saya ini baru tahap investigation dan masih nak merangka-rangka planning schedule dan baru nak involve some surveyors. Hurm…. Nampak lambat kerana saya nak pastikan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, ye lah mana tahu, dugaan dari Tuhan macam-macam, dan saya tidak pernah terkecuali darinya. Semua orang pun begitu.

Sedangkan lidah lagi tergigit…
Itu sahaja ungkapan yang saya rasa layak untuk saya guna pakai sepanjang perjalanan saya sekarang ini. Setiap pasangan ada pasang surutnya.

Masih teringat dan masih segar terngiang-ngiang tutur kata AKAD Mr Darling on the night of 10 Aug 2007. Tarikh keramat tu! Suatu Ikatan perjanjian telah termeterai. Siap ada Black & White, tiada keraguan, tiada kompromi, semuanya SAH!

Oleh itu, segala apa juga masam manis pahit kelat masin tawar dan lain-lain lagi kehidupan saya dan Mr Darling, kami masing-masing yang perlu carakan. Mana terkurang, mana terlebih, sama-sama merasa, sama-sama memperbaiki dan sama-sama redha-meredhai.

Saya berharap dan mulai berdoa walau apa juga yang terjadi, saya perlu jadi seorang yang cekal, kuat dan tabah secara mental dan fizikal untuk sama-sama menunaikan janji-janji saya kepada Mr Darling. Saya banyak belajar untuk menjadi seorang yang penyabar (kerana saya adalah seorang yang sangat howwtt-tempered!) dan sekarang ini masih belajar untuk redha dan memahami konsep Sabarul-minal-iman.

Uuuhhhhh... see how romantic me & my Mr Darling
Best je kan kalau ada suami yang sayang kita sangat-sangat dan tanpa ada rasa keraguan menyayangi diri kita dan menerima diri kita seadanya.

Well, for this year celebration, i didn't expect to celebrate it absolutely "berdua-dua-an" with my Mr Darling. We even spend the whole week together, watching TV together, sleeping together, eating drinking "suap-suap" together, walking together and most of my activities is together with mr Darling. Mungkin ini adalah best celebration ever coz we got to spent our days together in the HOSPITAL! hehehe! 

However, saya rasa dengan peluang ini juga saya jadi lebih rapat dengan Mr Darling. Ye lah, kalau tidak si makcik Jasmin tu sebok menyelit bila we start nak together2. Hikmah yang Tuhan beri pada saya Ramadhan ini sangat tidak ternilai ertinya. Masa itu juga saya mengenali diri suami saya seadanya, especially tentang kesanggupan Mr Darling bersusah-payah bersama-sama dan melayan kerenah orang sakit seperti saya.

To be short and simple here, walau sebesar mahupun sebanyak mana kata cinta saya pada awak, kalau Tuhan mendengar saya, I wish to be with My Mr Darling untuk seribu tahun lagi agar saya dapat mengenali dan menyayangi diri dia sepenuh hati saya. Kehadiran my Mr Darling di sisi terutamanya apabila saya ditimpa musibah adalah HADIAH yang paling terbaik untuk diri saya.


P.S. Terima Kasih kalau awak membaca ini. Itu lebih bermakna bagi saya apabila awak tahu apa yang ada di dalam hati saya selama ini.......


Friday, 9 July 2010

Wālsfr Wālhjrh ʻLá ʼSās Wʻd Mn al-Lh Sbḩānh Wtʻālá

Cheeeewah! Arabic ni! Gelek arab sikit! Anda Suka Makan Nasik Arab?  atau Nak Tahu Apa itu Nasik Arab?

"Sebuah perjalanan dan penghijrahan berlandaskan Janji kerana Allah S.W.T."

Recently, I noticed that  Mr H is becoming so generous with two of us as in no matter way. He becomes so kind-hearted and much more nicer than before and he's becoming a good listener too. It's hard to make him listen on how or what i feel before but after what has happened to us last time, we admit all our mistakes and that takes me to give him my respect to him more than before.

Bila hati dah sayang, there's always a second chance. 

".....Hati perempuan tak keras mana, macam kerak nasik aje...."

Well, bolehlah dikata that we have passed our third year marriage challenge and  still, we are working out on the "give and take" terms and learning how to be more patience in everything we do. 

Kalau nak ikutkan kalender hijrah 1431H, esok adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga. Kami bernikah pada malam Israk Mikraj 27 Rejab 1428H  bersamaan 10 August 2007 dan majlis persandingan pada keesokan hari pula. Dengan sekali akad, kami sah sebagai suami isteri. Alhamdulillah. 

....Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya (39:6)....

Sinonimnya peristiwa Israk Mikraj bagi kami adalah ialah satu penghijrahan malahan satu perjalanan baru bagi dalam menempuh kehidupan berumahtangga. Ada cabaran, dugaaan, suka, duka, gembira, pahit, manis dan macam-macam yang tidak dapat diluahkan dengan perkataan. 


Kuat atau tidak kami, itu kena tanya Jasmin... hehe!


Anyway, we had a romantic dinner to celebrate it. We had a memorable dinner in an amazing restaurant with sawah surrounding, quite, silent, cozy, banyak nyamuk, "pretty" waiter and of cos heavenly kampong food and Thai food! What a great combination of Food, Culture and Heritage! 

 Thanks Mr H for our wonderful romantic dinner! 



Priiiitttt: I know Netherlands will win the World Cup 2010!! Go Go Goaaallll Wesley Sneijder and Robin Van Persie!

Saturday, 12 June 2010

When Natures Called........

White roses
I always love white roses. It can be interpreted to a person such as;
Humbleness,
Sincerity,
Classic,
Soft,
Holy,
Blemish, and
Purity.




Okay! Cukup untuk ada perasaan seperti itu. Roses tidak sama seperti Lilies and Jasmines so tolong jangan perasan (uuuppps, mungkin ada sikit-sikit lah!)

Baiklah, I'm on a wedding marathon these week cos its school holiday. Biasalah, when it comes to school holiday, musim mengawan pun tiba. Lumrah sudah seperti itu. Even saya dulu juga memilih musim cuti sekolah untuk buat kenduri kendara nikah kahwin saya (tetapi sekolah aje yang cuti, college saya tak bagi saya cuti ye! kerana pernikahan saya berlangsung semasa saya berada di semester akhir HND)


Sebelum pernikahan saya rasa banyak cabarannya. Saya juga nyaris menjadi seperti The Runaway Bride    kerana saya berasa yang kami belum cukup bersedia untuk bergelar husband and wife. Saya tidak pasti dari mana saya kumpulkan semangat dan kekuatan saya. After all, Allah anugerahkan kami, our precious beautiful wonderful daughter, Nur Adriana Jasmin. Dia buat kami kuat hingga kini.

Well, these is something to share, i still remember (well actually, i'm gonna remember it forever in my life) on our first night as husband and wife, not only the making-love-thing but one thing that my husband whisper to my ears that night is; ".....Awak, semua syaitanirrajim menangis malam ini apabila cucu cicit Adam dan Hawa akhirnya bersama-sama dalam ikatan nikah yang sah seperti kita.....


Dan kini, to tell you the truth how naughty my Mr H is bila kami menghadiri pernikahan saudara-mara, sahabat handai; Mr H dah keluar signal dulu, ".....malam ni ada ke....?" Hehe! Sangat motif!


Sincerely, this entry is actually dedicated for the marriage of my "lil-sister". 
Saya harap dia juga kuat seperti saya.
And I hope she'll have a blessed marriage ever after.

Jasmin with Abah on the wedding altar


P.S. Masih terlalu jauh untuk saya fikirkan tentang perkahwinan anak dara saya seorang ini, tetapi siapa jua pilihan Jasmin, wajibnya Jasmin mendapat restu kami berdua. Itu adalah yang paling utama.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails