"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Friday, 23 July 2010

".......Controversial Statement....."

".....Hidup dan matiku kerana Allah....."

Salam Jumaat….

Kalau ikutkan, saya tidak suka bercerita panjang lebar di dalam blog saya seolah-olah menunjukkan saya ini seperti seorang pakar motivasi. Tetapi rencana kali ini saya beranggapan amat penting dan bermakna bagi diri saya dan juga Jasmin. Sekurang-kurangnya rencana saya ini dapat motivatekan diri Jasmin untuk faham tentang kehendak kehidupan (bukan kehendak hati sahaja ye Jasmin)

As always, bukanlah niat di sini hendak buat controversial statement, seikhlasnya hati saya cuba justified di sini, tujuan saya hanyalah sebagai berkongsi maklumat, buah fikiran dan saya harap-harap ada yang sudi memberi teguran dengan rencana saya yang hina ini. Eceeehhh….

Tegas saya sampaikan disini, saya menulis tidak merapu dan semberono tetapi semuanya berdasarkan rujukan dan penulisan saya bukan plagiat dari mana-mana pihak.

Kali ini, saya sangat senang berencana mengenai aurat seorang wanita Islam.
Adakah anda tutup aurat? Anda yakin aurat anda dah tutup sepenuhnya atau anda tahu aurat anda sudah meliputi kesemua kehidupan anda?

Memang saya tahu sesiapa yang mengenali diri saya (my dearest stalker) will think “Apa hak dia nak tulis tentang aurat sedangkan dia yang menulis ini pun tak tutup aurat…."

Okay, I accept that secara minda terbuka…. Mulut tempayan boleh kita tutupkan....(okay, sila sambung sendiri…)

Seperti yang saya google, “aurat” maksudnye “aib”.
“…..Kenapa kau wanita Islam tak reti nak tutup “aib”……?” 

Haaaa…. Macam nak cari gaduh je kan kalau soalan itu terngiang-ngiang di gegendang telinga anda... 

Berdasarkan hadis Rasullullah SAW, "Ramai yang masuk neraka hanya kerana hasil ucapannya sendiri" 

Takpelah, itu dari segi definition sahaja, nak explain panjang lebar, terasa diri macam cekgu B.M. tatabahasa pulak. *NEEEEEXXTTT*

Okaylah, seberapa confidentkah anda kata diri anda telah tutup aurat dari pandangan seorang lelaki ajnabi?

Mari kita teruskan bercerita tentang batasan aurat wanita in public life and private life. Bagi saya, kedua-dua sama penting. In Public life sudah tentulah kita wajib menutup aurat dan apa yang tinggal hanya dua belah tapak tangan dan wajah sahaja (tapi ada juga yang prefer untuk mengenakan purdah)

Selain itu juga, tidak ada istilah tak perlu tutup aurat in our private life kononnya. Merepeklah! Kenapa saya berkata begitu, kerana aurat itu bukan hanya dinilai dari segi pemakaian tudung sahaja malahan bagi keseluruhan diri individu (ingat tak tadi saya kata aurat = aib?) 

Apa makna tudung seseorang muslimah itu jika “keaiban” yang lain juga tidak dilindungi.

Mari kita selami salah satu contoh di bawah ini:

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

Haaaaa…… bukan saya suka-suka tulis controversial statement macam itu tetapi itu telah termaktub dan semoga ia sampai ke dalam hati.

Saya kuatkan lagi rencana saya disini yang sebenarnya harus diingat Islam tidak pernah mengkategorikan pakaian menutup aurat mengikut tahap kealiman seseorang. Tiada kategori yang menentukan pakaian itu sama ada orang yang jahil agama atau tinggi agama. Ketahuilah bahawa hanya ada satu garis panduan sebagai perintah menutup aurat kepada kaum wanita muslimat. Iaitu menutup aurat mengikut syariat Islam seperti yang tersebut dalam Surah An-Nur ayat 30-31.

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

Lainlah jika anda terkandung dalam ayat seperti dibawah:

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid.

Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Bila kita dah menutup aurat (berhijab), janganlah pula 'over confident'.

Apa yang kita semua cari ialah keredhaan Allah. Bukannya status 'alim' pada pandangan manusia. Hendaklah kita sentiasa berhati-hati mengawal pergerakan hati kita jangan sampai 'riak' atau takbur. Nawaitu (niat) kita perlu dijaga dengan penuh waspada dan merendah diri sesuai dengan status kita sebagai hambaNya.

Jangan mudah mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya tuntutlah ilmu supaya kita tidak taksub dalam beramal atau terburu-buru mempertikaikan amalan orang lain.

Kalau diri anda rasa tidak setuju dengan rencana saya ini dan anda menafikannya tetapi harus diingat, orang lain juga ada mata dan boleh melihat, tanggapan negative, perasaan curiga, iri, khianat dll itu sukar dibendung. Seeloknya janganlah mencari penyakit dan hindari lebih elok dari merawat.

Pesanan saya disini; Jangan pula apabila anda telah menutup kepala, anda menutup sekali akal fikiran anda.

Dan untuk diri sendiri, semoga saya mendapat petunjuk dan hidayah dengan hasil rencana saya yang tidak seberapa ini. 

Wallahu ‘alam bi sawab.

2 comments:

JULYA said...

kadang2 yang pakai tudung labuh tu lagi longkang mulut die pada yg terdedah ni. mintak dijauhkan

lily abd ghafar said...

tu le pasal....

manusia tiada yang sempurna.....

share with u one story, ada lagi satu kes, kan kat gelanggang paroi ada buat senamrobik setiap petang, so peserta ramai yang bertudung (bertudung labuh pun ada)and some of them "goyangnya" luar biasa!

haiiiyoooo....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails