Wednesday 9 June 2010

Bagai Ikan Pulang ke Lubuk !

Oh! Tidak sabar sebenarnya untuk meng"up-date" entry saya kali ini. Yang membaca tak sabar juga kah.....? Saya rasa bukan saya yang tidak sabar malahan kakak2 saya juga (tu la pasal, sape suruh bagi gambar lambat sgt, kan dah lambat nak update family vacay ari tuh!)

Kalau nak ikutkan, gambar memang terlalu banyak dan mustahil untuk saya postkan semuanya di sini. Saya paparkan apa yang saya rasa menarik dan sesuai untuk berkongsi bersama-sama.

Ini adalah sebahagian gambar yang telah berjaya di tapis oleh saya untuk paparan umum!

Kalau nak bercerita tentang expenses yang kami perlukan sepanjang di Mersing, siapa sangka with the amount we collect adik-beradik, we can get a blissfull 3 days 2 nites holiday, tetapi inilah kenyataannya!


Earlier plan dengan mereka-mereka ini janji bertolak dari Seremban pukul 12midnite coz nak naik boat pukul 6 a.m. tetapi mereka-mereka ini semuanya "janji neraka" (haha) dengan saya and at last depart from Petronas Jalan Kuala Pilah around 2 a.m. Tetapi Alhamdulillah, kami sampai di jeti Mersing around Subuh with the speed of 100 km/hr (*wink*wink*); do not speed ye rakan2, hadlaju kebangsaan je tuh!. 

Segar! rasanya dapat menghirup udara laut Mersing setelah lebih kurang 10 tahun saya tinggalkan. Development di Mersing juga sudah banyak berubah berbanding visit saya terdahulu dan salah satunya kedudukan pasar juga sudah berubah dan mungkin yang lain-lain juga; gerai nasi dagang juga saya tidak nampak atapnya lagi. Terlalu banyak perubahan tetapi Balai Polisnya, kuartersnya, masih di situ. Oh! tanah kelahiranku...


 Sunrise @ Besar Island Johor

It's not really difficult to parked our car in Mersing. Thank God our Abang has contact with  his friend from Rawa Office and all the 6 convoyers can safely parked there. Selamat! Setelah settle semua barang-barang, beg-beg, toto-toto, bantal busuk, selimut busuk, kipas angin, joran-joran sampai sepuluh dll diangkat masuk ke dalam boat, apalagi, Pulau Besar here we come! It takes about an hour to reach the Island by slow-mow-atok-boat but if by speed boat it takes only 20 minutes. Tetapi naik boat atok lagi BEST! and banyak sentimental valuenya!


Jangan risau mereka ini bukan PATI dari seberang yang ingin ke Malaysia!

 Meet the Razi's 
Nasib baik dua orang yang saya sayang ni tak mabuk laut!

The kids are first timer to the island and to meet up with Tok Salam and Tok Wok. And Sejujurnya, kami ada reason untuk bergerak pada awal pagi bagi mengelakkan dari di tahan Pihak Marin. Setahu saya, boat atok boleh carry until 50 passengers (as my abang cakaplah!) 

Since the past few years, penguatkuasaan tentang penumpang boat telah di buat iaitu seramai 12 orang penumpang sahaja bagi setiap boat. Oleh itu bagi mengelak di tahan pihak Marin, kami bergerak awal pagi. Maaf Tok Marin! Kami cuma nak balik kampung! Lain kali kami tak buat lagi. Promise! That's why I sempat snap pic sunrise tu!

 The kids yang tidak sabar nak terjun laut!

Terharu, sedih, gembira, bersyukur dan macam-macam perasaan yang datang setelah bersalam dengan Tok Salam dan Tok Wok yang sudah bertahun tidak bersua muka. Lama sangat tak berjumpa dengan Tok Wok! Tua benar orang tua ni. Sudah kurang kudratnya.Tetapi kegemarannya masih sama seperti dulu, sirih, pinang, kapur, gambir, rokok pucuk, gobek semuanya masih setia dengan Tok. 

Here are some of the pictures of the activities on the island. Apalagi nak buat bila laut dah ada depan mata, ke laut kite!

Jasmin sangat suka mandi lawot!

 Mandi lawot dengan Abah!
 Mandi lawot dengan Ibu!

Di Pulau Besar memang tiada kenderaan bermotor dan kenderaan rasmi di sini ialah basikal. Kedai juga ada sebuah tetapi harga memang standard 5 star hotel;*sekian*.Restoren hanya ada di resort dan hanya tiga buah resort yang masih menjalankan perniagaannya. Yang lain tutup for renovation katanye. Most visitors yang datang ke sini majoriti dari Singapore and outside Malaysia. Tak ramai orang Malaysia datang ke sini sebab lebih prefer ke Pulau Tioman.Tetapi Saya Suka Pulau Besar! Masih belum banyak pollution.

Semasa kami di sini, the island sedang dilanda wabak denggi so ramai juga orang dari Kementerian Kesihatan dan mereka sedang memantau perkembangan wabak ini. Setiap pagi dan senja kena fogging sebab ada case mat salleh kena denggi. Alahai, kesian!

 Mereka-mereka ini takut kulit hitam so mandi bawah jeti, redup!
 Huhu! I was born to be a swimmer! Saya sangat suka!

 Ketam-Sandy-Castle 

 Tree House yang available kat Pulau Besar aje! Tempat lain tiada!

 Wherever I go with you Jasmin, there's always a great moment with two of us! I feel like wants that moment everyday in life! 

 Beach Volley Ball ! 
Saya tak sangka, saya juga handal bervolley ball. Hehe!

Mr H Fisherman!

Tuan Ghafar dapat tangkap Ikan Yu! Nasib baik tak digarinya! Hehe!

 Jalan-jalan ke Tanjung!
Yang mana satu adik, yang mana satu kakak,
yang mana satu emak, yang mana satu anak.

Rumah Tok Bakar
Salah sebuah rumah kampung yang ada di pulau Besar

Sedar tak sedar, sudah tiga hari berada di Pulau Besar. Berat rasa hati nak tinggalkan the island. Rasa nak tambah lagi seminggu di sini tetapi apakan daya, esoknya kerja. All the kids pun ada exam. Tidak sia-sia jadi guru tuisyen ajar anak buah math. Jangan dia lukis gambar ikan kat kertas jawapan nanti sudah.

Tak pasti lagi bila akan menjejakkan kaki ke sini lagi. Entah hidup, entah mati, jodoh pertemuan di tangan Tuhan! 
Tak sanggup rasanya nak tinggalkan pulau dan orang2nya, rasa macam nak kembali ke sini setiap bulan. 


Oh! Saya sayang pic ini sangat-sangat sama seperti saya sayangkan mereka-mereka ini.
View berlatarbelakangkan Pulau Tinggi.

Jasmin yang dah tak sabar nak balik ke darat sebab dia tak dapat cari Petronas mahupun 7-Eleven di sini. Haiiiaah!

Last pose on the boat before we off to Seremban!

 2010
Complete!


P.S. Masih teringat-ingat nasihat dari Tok Wok tempoh hari tentang budi bahasa dan wang ringgit; seolah dia faham dengan apa yang saya alami dalam kehidupan seharian saya. Saya ingat pesan tok tu sampai bila-bila dan saya cuba pupukkan dalam diri saya dan Jasmin juge.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails