Saturday 19 November 2011

Off Topic: Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan

Okay, sebenarnya bila saya berada dalam keadaan serabot, seharusnya minda saya perlukan theraphy. Selain daripada bermonologue mengadu pada Tuhan alternatif lain perlu juga ada untuk seimbangkan keadaan yang menimpa saya.

Terusan-terusan mengeluh pada tuhan tidak akan ke mana. Yang perlu lagi adalah usaha untuk tidak terus tersepit dalam situasi tunggang langgang terbalik tertonggeng ni.

Saya ingat lagi, waktu muda-muda dulu sebelum berkahwin, bila saya bosan atau ada sesuatu yang mengganggu emosi saya dan sudah habis tempat mengadu, saya gemar luahkan pada kertas; melukis. Itu hobi saya dan memang saya cinta dengan seni yang satu itu. Tapi kini dah lama tak practice rasanya lukis epal boleh bertukar jadi tembikai. Wuhuhu~~

Sometimes saya juga membaca. Cuba lari dari dunia realiti sendiri dan menyelami dunia dalam buku. Itu buat saya lupa dunia realiti saya sebentar dan terus leka dengan jalan ceritanya.

But now sukar untuk find my own me-time cos Jasmin and Adam adalah perkara pertama yang perlu diutamakan. My me-time is only when i'm sleep. Last book i read adalah ini.

Saya juga jarang ke panggung wayang. Ada orang suka pergi menonton wayang katanya boleh hiburkan hati. Hurmmm, saya tak rasa begitu.

Entah kenapa lately heboh cerita filem di panggung wayang semuanya nak diadaptasi dari karya novel. The latest one "Ombak Rindu". Entah, sikit pun tak menarik perhatian saya. Dengar sinopsisnya sahaja sudah buat saya mencebik.

Cerita tentang typical kehidupan melayu yang tak sudah-sudah dengan dosa, maksiat, cinta, paksaan bla bla bla and bla. Tak me-motivate-kan kehidupan langsung. Mungkin orang-orang ini terpedaya dengan cinematographynya yang segar atau pada OST-nya, hurm, terpulang.

Sometimes I wonder for some educated minded people, why must susah susah go to the bookshop and waste your money that you can't spend on something else which is much much much more important; macam membayar simpanan wajib untuk para pekerja sendiri ke. And some more why must waste your money buying berkoyan-koyan semart phone atau berkotak-kotak notebook tapi tak reti nak apply-kan dalam kehidupan seharian. Setakat nak menunjuk-nunjuk kat orang-orang sebelah, baik toksah lah, sia-sia dapat dosa riak takbur pulak. Atau setakat nak kill the time main angry bird, saya rasa ada lebih baik saya melayan anak-anak saya ke taman burung dan boleh kenal different types of burung. Secara tak langsung, satu ilmu saya dapat kongsikan untuk diri sendiri dan anak-anak.

E eh emosinya statement lily! Tak, sebenarnya nak kongsi sikit review tentang teater Badai Semalam yang di adaptasi dari novel Khadijah Hashim. She is really "otai" novelist. A very good writer indeed. I've read one of her novel masa sekolah rendah dulu but tak boleh nak recall the book title. Nevermind, I've read so many books sepanjang hidup saya.

Nak pergi tengok teater, memang tak mungkinlah. Last teater i watched when i was in primary school kot, teater Kuntum, Along saya sangat baik hati membawa saya serta adik.

Badai semalam juga menceritakan tentang cinta. Biasalah, tanpa cinta, tiadalah kehidupan namanya. Dalam cinta itu ada cita-cita dan pengorbanan dipertaruhkan. Cerita pasal orang kaya dan orang miskin, cerita orang yang tidak lupa diri dan sedar diri. Cerita yang ada unsur kejian makian fitnah tapi masih mampu berdiri untuk buktikan yang hidup ini adil untuk semua orang. Tentang kesetiaan, tidak mudah putus asa dan pengorbanan.

Oh, sebenarnya klimaksnya entry saya hari ni adalah nak info kat semua yang kita boleh baca buku Badai Semalam karya Khadijah Hashim ni di Google Book. Takyah la susah-susah nak beli penanda buku macam-macam rupa warna pastu nak angkut buku sini sana sinun. Teknologi di hujung jari anda, gunakan sebaik mungkin. Jangan gunakan untuk benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah sudaaaaaaaahhh!

Badai Semalam: Google Book sudaaaaaaah!

Siapa siapa yang nak tengok teater muzikal Badai Semalam ni, ia disiarkan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 11 Nov sehingga 20 Nov 2011. But I don't think ada ticket lagi kot.... Or visit here!

2 comments:

Daddylicious said...

lebih suka baca buku yang boleh dibawa kemana2..lebih kool dan rilex..:)

Anonymous said...

bila kita start ada rasa dengki dalam hati kita apa yang org buat semua akan menyakitkan hati kita even membeli buku pun akan menjadi topik hangat perbualan.. get therapy for ur heart first before ur get ur mind therapy..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails