Tuesday 25 June 2013

My little flower; Orked Adelia

And yes, sebagai kebiasaan dalam belog ni, setiap kali ai deliver a baby pasti ada macam-macam kisah dikongsi for my kids reading in future. Hari ni dah 18 hari dalam confinement. Okay kids, this actually my forth pregnancy plus my angle baby (miscariaged on 2010). And this one consider as third babies lah.

I haven't updates lots of stories during my pregnancy this time, adalah satu dua kot.. Probably because of lack of time and my office hour is demanding with pile of works and when i got home everyday, malas nak bukak belog and of coz my time at home is for the kids and razi. Huh... times really change everythings.


Well actually, today i am not feeling well. Demam. Since yesterday nite actually. First time in life, demam dalam confinement period. Mommy cakap bentan. Huhu. and summore, cuaca jerebu yang dah berlarutan for more than a week satu nusantara ni. I really cant stand the heat! Last rain was on the day ai delivered my baby. Oh, biarlah cuaca aja yang berjerebu, jangan hati kita pun berjerebu jugak, itu parah!


Issue bentan ni tak boleh nak salahkan sesiapa okay. Ini ujian tuhan bagi; pada malam nisfu syaaban. Saya anggap masa ini untuk saya buka buku baru. Sakit ini sebagai satu pengampunan bagi dosa-dosa saya yang lepas. Wallahhualam.


Sakit demam sejuk menggelatar satu tubuh badan. Dah di selimut, selibung pulak lagi dengan comforter, walaupun dalam keadaan cuaca panas berdentang sekarang, sejuknya saya rasa sampai ke tulang, saya alaminya tengah malam Isnin lepas. Memang tak dapat gambarkan shivering-nya, macam duduk dalam negara below 0 degrees temperaturenya tanpa pakai baju. Hehe. Sejuk tiba-tiba.


Anyway, pengajarannya, dalam confinement period ni, jagalah makan minum kita. Mungkin last sunday saya masak sup ikan jenahak beli di pasar tani, makan untuk lunch dan dinner tanpa ada persoalan, dan dan tengah malam tu bikin badan saya up and down tak tentu arah.


Kami orang muda, tak tahu apa-apa. Minta pendapat, orang kata okay, Razi dengan suka hati beli ikan jenahak ni untuk bini tersayang sebab kesian tengok bini yang nampak bosannya hari-hari ulang-ulang makan ikan tenggiri, ikan selar. Takpelah, ini semua pengalaman.


Satu petua dari in-law, kalau bentan, kita ambil satu genggam beras, dan bau beras tu. Tapi tak buat lagi. Hewhewhew.


Dan semalam petang, razi heret saya ke ER, doc bagi antibiotics dan telan panadol dua bijik, setakat ni Alhamdulillah, demam dah kebah, cuma badan sakit seperti dicucuk-cucuk tak hilang lagi, mungkin sebab heat dlm badan around 40 degrees malam tu.


Itulah dia, pengalaman bentan saya. Akhirnya, mommy pesan makan nasik panas dengan ikan bilis sangai aja dulu. Hilangkan bisa dalam badan tu. Haih... Mintak baby tak ada effect atau implication apa-apa on my silly mistakes nih.


Okay, cerita pasal deliver my third baby ni tak ada lah thrill sangat macam Jasmin dan Adam dulu. Kelahiran kali ini paling senang dan sempoi. Very fast. Fast and furious. Hewhewhew.


Appointment dengan doc ishak, jumaat 7 jun, pukul 12 tengahari doc bukak jalan. Doc suruh balik rumah dulu dan datang semula ke hospital pukul 10 malam nanti. Dan petang tu, my sister standby jadi rescue ranger sebab Razi dah shoot ke site.


Oh, cerita sedihnya pulak, on that day juga, ai should go for an interview as a designer from one of Oil& Gas company kat Jalan Tun Razak. Planning to go for the interview in the afternoon after the check up, tapi Tuhan itu penentu terbaik. Ai let go cenggitu je. Sobs.


Contraction masa di rumah tak da lah berapa nak terok sangat. Sesekali terasa menyenggat-nyenggat di pinggang dan ari-ari. Baby movement pon dah tak berapa nak rasa. Saya rileks lagi. Surf the net, sapu-sapu rumah, packing stuff nak bawak ke hospital.


Sempat lagi petang tu ajak my sister gi bank jap dan lepak makan-makan sebab baru teringat tak makan lagi tengahari tadi. Contraction masih tak hebat lagi masa ni. Masih boleh berjalan sana-sini dan rasanya elok banyak bergerak, supaya cepat bukak jalannya.


Pengalaman kali ni, paling susah, nak tinggalkan Adam dengan neneknya. Dah biasa tidor tepok perot, garu kaki, garu belakang, garu kepala, berkepit sebelah ibu, tapi malam tu, Adam kena tidor dengan nenek. Last-last, pukul sebelas baru sampai hospital.


Check in di ER dan misiku Kuza terus tolak ke Labour room naik wheel chair sebab contraction dah kerap sangat. Time ni memang dah real sakit. Masa Jasmin dulu saya dapat Labour Room 1 tapi kali ni saya ditolak ke Labour Room 4. Sangat pack okay. Malam tu, ibu-ibu bersalin macam passing batton. Sorang keluar, sorang masuk.


Maybe ramai yang prefer untuk bersalin di KPJ SSH Seremban sebab package bersalin di sini yang berpatutan. Even my ex-lecturer pun sanggup datang check up di sini setiap bulan dan bakal bersalin di sini juga sedangkan dia tinggal di Serdang.


Okay, dalam labour room, misi terus cucuk water drip kat tangan, masuk ubat bontot bagi buang air besar, tukar baju seksi hospital, filled in forms apa yang patut dan Doc Ishak datang ke labour room around 12midnite camtu. Check VE, dah 3cm, terus dia pecahkan air ketuban.


Doc estimated ai possibly akan deliver around subuh cenggitu; so dia nak balik rumah dulu, tido agaknya. Tapi misi sangat efficient, every 15 minutes cenggitu dia akan naikkan reading kat machine drip water tu. Setiap kali dia tambah tu, makin kuat contraction saya rasa. 


From Razi's view.
Bila dah tak tahan, misi offer jab ubat tahan sakit, at first ai tolak, no need of that, still boleh handle the contraction pain lagi, tapi around pukul dua camtu, saya serah kalah, misi terus jab ubat tahan sakit kat montot, dan bagi masuk ubat tahan muntah kat water drip, terus rasa high dan rasa contraction pain tu kurang. Diri terus rasa melayang-layang, dapatlah lelap mata sekejap, dalam pada tu, contraction pain makin kerap datang menyinggah.

Hewhewhew nampaknya estimation doc silap. The fully dilation to 10cm takes only 2 and a half hour and after 4 times pushed, and the baby is amazingly in front of my eyes at 0242 am. Shooo small baby, weight 2.76kgs, 50cm in length.

The graph of my contraction and Razi by my side.
Razi tak pernah failed untuk jadi peneman dalam labour room. Tiga kali beranak, tiga kali juga dia ada di samping saya. Tak pernah gentar bagi dia. Lihat sendiri kesakitan saya. Mungkin dia peneman di labour room terhebat dalam dunia. Kali ni dia tak perlu tunggu lama untuk sama-sama menunggu kelahiran bunga cinta hati kami. Mudah katanya.

Mudah aja dengarnya kan. Sekejap aja prosesnya. Sekejap aja sakitnya. Itu lah rezeki saya kali ni. Tapi saya tak nafikan, sakit nak beranak ni tak boleh nak lawan mana-mana sakit dalam dunia ni. Tiga kali beranak, tiga kali lain-lain pengalamannya.


Alhamdulillah, Orked tiada apa-apa masalah. Sihat tubuh badannya. Cukup sifatnya. Semoga Orked jadi anak yang solehah, yang baik hatinya, yang elok budi pekertinya, terjaga akhlaknya bukan sahaja dari perbuatannya malahan kata-katanya, dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga. Kakak Jasmin dan Abang Adam juga sayang Orked.


Nur Orked Adelia, 2 days of life.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

4 comments:

faraherda.razalan said...

Syglah awak ni takde ms utk berblog sbb seme cite awak, sy tekun baca sbb suke sgt! Heheheh! Tahniah bt awak utk Orked yg comel banget tu...

Ms sy pantang dlu pun, pnh gak kena bentan. Tp cuma kena sehari sbb sy makan tembikai ms tu. Kan? Berani gila kan? Tembikai tu! Heheheheh.....tp nsb bek sehari tu je sy sejuk sakan mcm awak walaupun ms sy bersalinkan Aydin, mmg musim panas gila! Hrp awak jaga diri lebih lagi ya?

Norliza Nordin said...

tahniah.. comel^^

Puteri Lindungan Bulan said...

berapa ye kos bersalin di kpj seremban?

Puteri Lindungan Bulan said...

berapa ye kos bersalin di kpj seremban?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails